Autumn in Pakistan - Part 9: Khunjerab Pass, Rehman dan Hussaini Bridge
Hari ketiga kami di Hunza. Rasa sangat sekejap dan tak puas nak menikmati panorama indah di sini. Pada hari ketiga, acara paling kemuncak telah disusun. Hajat kami nak melalui highway dan border tertinggi di dunia iaitu Karakoram highway dan Khunjerab Pass yang merupakan border di antara Pakistan dan China.
Seawal pagi kami dah bersedia, makan dan minum secukupnya sebelum bergerak ke tempat yang dituju. Lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Khunjerab. Melalui highway, jalan yang proper di Pakistan adalah nikmat, nak-nak kat kawasan bergunung. Memang banyak gile China melabur kat area sini sebab ekonomi kan. Banyak juga check up point oleh askar-askar sepanjang laluan. Ada satu check point, semua orang kena keluar dari kereta dan masuk ke dalam opis askar, kena check sorang-sorang, tanya macam-macam, jadi penting untuk sediakan copy itinerary, contact number hotel/hostel yang kita stay, salinan passport yang paling penting sebab mereka akan ambil dan simpan. Alhamdulillah, setakat ni takde apa yang serius or tak boleh lepas ke, sebab kita bukan nakpi jadi CIA, DEA, PBSM pun, nakpi jalan-jalan ja =)
Akhirnya, kami pun selamat sampai ke puncak highway. Sekitar kawasan dah diseliputi salji, suhu walaupun matahari terik tapi sejuk mengancam tulang. Pada mulanya aku rasa pelik kenapa dada macam sempit bila bernafas, rupanya sebab kita dah kat altitud tinggi, hampir 4,700 meter. Along baru menapak dua tiga lepastu hilang. Rupanya dia dah tak tahan sebab tak boleh bernafas. Maka, dia berehat saja dalam kereta. Sebenarnya, agak bahaya situasi yang mana dipanggil altitud sickness or acute mountain sickness (AMS). Kita akan rasa mual, pening, rasa susah nak bernafas, kita boleh panik dan akhirnya boleh pengsan, maybe ada sesetengah kes boleh bawa maut. Ikut ketahanan body masing-masing, aku pun slow2 jalan amibl masa untuk adapt.
Perasaan aku bila dah sampai sini, rasa apa yang aku baca berkenaan travel di Pakistan menjadi realiti, dari bait-bait perkataan, informasi semuanya dah bertukar real depan mata. Yah, that is it, bak kata Fiona kat Shrek =p Rasa bangga dengan diri sendiri sebab berani keluar plan dan berjaya sampai. Di puncak tertinggi antara dua belah negara, terasa kerdil dan bersyukur diberi peluang untuk melihat sisi indah ciptaan tuhan. Kami spent time kat sini lebih kurang 30 minit saja, melayan abang Kam melompat-lompat amik gambar, lepastu beransur turun ke bawah perlahan-lahan. Seterusnya, kami menuju ke rumah Rehman, antara kenalan di Gilgit yang dah berjanji akan jumpa sekiranya aku ke sana. Sepatutnya, hari ketiga kami bermalam ni hostel Rehman, tapi disebabkan hostel yang kami stay ni pun dah rasa heaven, so malas nak berangkut-angkut pindah hostel. Tapi sebab dah janji nak jumpa, kita kena kasi jadi! Nasiblah driver kami Fadhil tak merungut, hahaha. Upah kasi up sikitlah bawak jalan-jalan. Sebelum sampai rumah Rehman, sempatlah kami singgah beberapa pit stop nak amik gambar.
Dah salam kauk, kami pun bergegas pulang. Tanpa disangka kami lalu di Hussaini Bridge, salah satu bridge yang popular di Hunza. Terus saja kami menapak ke bawah dengan segera sebab hari hampir gelap. Selalu tengok dalam youtube, instagram, sekarang dah ada depan mata!
Comments