Kehilangan
Kat mana nak mula, aku pun tak tahu.
23 Oktober 2020, mak aku dah pergi meninggalkan kami semua ke negeri abadi. Sukar untuk aku teruskan taip, nak share momen-momen sebelum, semasa dan selepas ketiadaan mak. Baru 2 ayat ni aku dah bergenang air mata, too hard to tell, it is too painful inside.
Untuk post kali ni, aku tak mahu bercerita dengan lebih lanjut, belum cukup kuat untuk share memori-memori terakhir antara aku tengan mak, insyaallah tiba masa, aku akan share kat sini untuk kenangan semua.
Mak seperti ada, walau hakikatnya tak ada.
Hilang mak, seperti hilang nikmat untuk hidup. Nikmat yang terbesar, nak panggil perkataan "mak".
Semoga kehilangan ini buatkan aku, kami adik beradik bertambah rapat, sepakat dan Allah kurniakan kenikmatan syurga tertinggi buat mak, ratu hati kami di sana.
Mak, akak sayang mak, liyu.
Comments