Allah's Plan
Saat aku tulis post ni, aku masih dalam fasa percaya dan tidak dengan apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku. Dan pastinya, post ni bukan pasal aku, hehehe.
Apa yang akan berlaku bakal menyatukan dua makhluk tuhan yang paling aku sayang. Satu side, dialah penjaga aku, boyfriend aku, wali aku, yang faham aku, sentiasa ada saat aku senang, susah, kena marah, dia orang yang sentiasa pertahankan aku bila ada suara-suara yang mempersoalkan apa-apa yang aku buat; pendek kata dialah sumber kekuatan aku dan my protector. titik! Aku selalu cakap dengan dia jangan mati dulu sebab kalau dia takde, aku takde sape lagi yang boleh aku share plan, imaginasi gila yang tak masuk akal ni dengan orang lain selain dia.
Dan side lagi satu, kami dah kenal hampir 4 tahun. Masuk di rumah ni as penyewa, totally stranger. Saat aku sedang dalam fasa menyibukkan diri dengan hal-hal kerja sebab baru sahaja kehilangan 'best friend' yang dah membina hidup baru, dia pun masuk rumah setelah aku interview dia. Aku dengan dia pun pada mulanya takdelah rapat sebab aku rasa biarlah perhubungan pada masa tu berjalan atas dasar sebagai 'housemate' saja, tak lebih. Dan aku pun tersangatlah berhati-hati nak berkawan sebab i am too fragile at that moment, gitu....hahaha
End up, aku selalu masak dan dia suka anything yang aku masak, even sambal bodoh je. Serius, dia memang sayang aku sebab sambal aku sedap, hahahaha. Dan bila dah serumah, tak kanlah dia sakit ko tak hulur panadol, risau bila dia lewat balik rumah kan, so benda-benda simple macam tu buatkan kami akrab. Dia antara manusia paling mudah nak handle, tak pernah kata TAK if ko ajak pi makan ke, tengok wayang ke, teman pi klinik pukul 1 pagi, teman makan eskrim tengah malam, teman celebrate moment aku setiap kali lepas jumpa supervisor, dia sentiasa kata OK. Walaupun dia tua sikit dari aku, tapi aku rasa aku yang kakak kepada dia, dan part ni aku stress, hahaha!
Banyak benda spontan yang aku selalu buat dengan dia sebab aku ni kan asal terdetik je kat hati mesti nak buat, walaupun ntah ape-apa. Macam nakpi tukar kasut yang baru beli tapi saiz yang aku nak tu hanya available kat Penang, so terus ke Penang dengan dia esoknya, semata-mata nak tukar kasut, gila! Dan trip Pakistan, dia pun aku hangkut jugak, pukul 3 pagi mesej dia sebab aku jumpa tiket murah dan time2 macam tu jugak dia cakap, OK. Betapa mudahnya aku uruskan hidup dia, hahaha Dan setiap kali birthday aku, mesti dia akan amik cuti untuk celebrate. Petiklah mana nak pergi, nak makan apa, dia akan bawak. Mana nak cari kan kawan macam tu, sebab tu aku rasa sangat bertuah dapat jumpa insan2 yang special dalam hidup ni.
Part share air mata pun banyak jugaklah, tapi aku rasa aku yang paling drama, banyak nangis banding dia. Tempat yang aku boleh share pasal plan hidup, pasal 'lelaki', pasal kerjaya, tesis yang tak bila nak habis, blablabla... Aku hanya nampak dia nangis time dia dapat tau ayah dia dah takde, itulah time yang aku rasa dia menangis terus. Memang air mata dia mahal, sejenis perempuan yang tabah. So, bila kita dah share happy, sedih, air mata, kerja gila, secara tak langsung kita orang rapat dan saling menjaga antara satu sama lain.
Aku pendekkan di sini, these two very very important people in my life is getting married. How the process, the flows, the feelings between 3 of us, later la aku share. itu pun agak menarik untuk dikongsi kat sini, supaya one day esok if aku takde diaorang boleh ingat balik moment yang pernah berlaku. Aku dah pesan dengan Along, yang dia nak kawin ni best friend aku, jangan sia-siakan dia, sebab aku akan backup dia dan mempertahankan hak-hak wanita seperti 'Girl's day out, 'bilik sosial' dan sambutan birthday aku secara private every year, hahahaha
mungkin lepas ni aku boleh up title post "housemateku kakak iparku", hahaha
* Indeed, I am the happiest person and thanks Allah for this beautiful transaction that You made for us.
Comments