Autumn in Pakistan – Part 8 : HUNZA aka HEAVEN!

Draft pasal Pakistan ni memang dah ada, yang tiada hanya semangat menulis tu. Memandangkan aku agak semangat sehari dua ni, aku akan cuba cantikkan sikit draft yang ada untuk bacaan semua. Details perjalanan, masa semuanya insyaallah betul, drama pun betul, kalau aku tambah-tambah tu aku akan mention siap-siap =)

Hunza, tempat yang dituju, akhirnya sudah kami temui. Kami sampai Hunza lebih kurang pukul 7 malam, jadi tak berapa nak nampak sangat view sekeliling hostel. Nasib aku dah contact awal si Liaqat ni, booking 2 bilik. Tapi masa aku sampai sana, tak ramai visitors, ada 2, 3 orang foreigner. Benda pertama yang dibuat adalah tunjuk bilik, apa yang ada dalam bilik, kat mana nak refill air panas, chai dan tempat makan. Agak tak best masa kami sampai, elektrik takde, sebab nak mandi, dah melekit, jadi terpaksa tunggu Liaqat repair. Ketiadaan elektik memang situasi normal kat sana, on off, kadang-kadang pakai generator untuk supply elektik. Suhu time tu perghhh, -8'c. Sampai sini, Along dah mula demam, sakit perut. Itulah, makan kari tak hingat dunia, semua kari dia bantai sedap. Tapi seriuslah, memang kari Pakistan power!

Keesokan harinya, bila matahari memunculkan diri, barulah kami tersedar kat mana kami sekarang. Subhanallah, masyaallah, itu jela ayat yang menggambarkan betapa cantiknya view depan pintu bilik masing-masing. Korang layankan gambar, sebab biarlah gambar yang bagitau betapa cantiknya...

Aku bukak pintu je dah mengadap gunung, bila mana tak jatuh cintanya...






100 Star world class breakfast!

Buat modal profile picture baru


Magnificient!

Yenna ni baru makan panadol, sakit perut. Tapi gaya tetap kena on point.

Ini baru view depan hostel, belum pi pusing-pusing lagi. Untuk day 1 di Hunza, kita akan pergi Attabad Lake, jalan-jalan sekitar Karimabad, pi Baltit Fort dan makan-makan. Dalam pukul 11 pagi kami gerak, tapi kena singgah klinik dulu sebab Along dah tak tahan sangat sakit perut. Kalau perut tak biasa dengan air and makanan kat Pakistan or India, memang mudah nak dapat cirit-birit. Mujur, ubat kat sini memang paling padu untuk sakit macam tu, dah makan ubat, Along rasa ok sikitlah.


Serah diri dulu kat doc sebelum jalan-jalan

 
Dah settle urusan di klinik, kami terus shoot ke Attabad Lake. Attabad lake ni terletak di antara Karakoram highway yang merupakan highway yang menghubungkan antara Pakistan dan China. So, Attabad lake ni terbentuk daripada kesan tanah runtuh, tenggelamkan kampung dan membentuk tasik yang berwarna biru. Macam mana dapatnya warna biru turquoise, wallahualam. Tapi, serius cantik namati. 

Ada 2 jenis boat, satu klasik tradisional dan lagi satu yang moden. Aku pilih old is gold. Aku dah lupa berapa harga satu boat, tapi yang aku ingat agak mahal.


Spectacular




Aku baru perasan aku tak snap banyak gambar time kat lake ni sebab aku betul-betul menghayati keindahannya. Ada video, aku share di sini untuk kenangan.
 

Hampir sejam di sini, kami kembali ke pekan semula. Mencari makanan sedap tak susah, yang susah bila semua menu ko nak rasa, hahaha. Kami seterusnya pi Baltit Fort. Yang bestnya, baru tau hostel kami kat bawah fort je, so boleh menapak untuk ke fort. 

Nampak tersergam Baltit Fort dari bawah.


Dalam setengah menapak, Along cakap dia tak berapa sihat dan patah balik ke hostel. So, tinggal kami bertiga jela round-round area fort. 

Along turun semula, tak dapat nak tengok fort

Inilah Baltit Fort, kira macam istana tempat Sultan Shah Abas, pemerintah Hunza. kalau nak diikutkan, sultan ni ada kena mengena dengan masyarakat Kashmir, sebelum berpecah kepada dua negara. No wonder, seni kraftangan mirip Kashmir, seni bina campur antara Tibet, dan tradisional. Sekarang ni, sultan dah duduk kat bawah sikit, istana baru. Bila masuk fort ni memang rasa amazingnya orang dulu-dulu punye skill pembuatan dan pembinaan. Nak naik istana ni pun kena pakai tangga, aku dah gayat. Lagipun, masa datang sini diaorang pun tengah proses baik pulih bangunan istana ni. Ialah, dah buat dari kayu, kang salah pijak ada yang ke bawah. 


Pemandangan Hunza daripada tingkap istana

Bahagian paling atas istana, punyelah tinggi sampai boleh nampak puncak-puncak 


Kami pusing-pusing fort tak lama sangat, sebab dah nak maghrib. Terserempak dengan 2 Malaysian kat sini, memang seronok bila jumpa orang kita, tapi yang jenis friendly la, yang budget poyo tu senyum pun tak bila nampak kita....huhuhu

Time nak turun ke bawah, tetiba terdengar bunyi music dan nampak orang ramai berkumpul. Rupanya ada pertunjukan or praktis aku pun tak pasti. 



Kalau siapa-siapa yang travel area Hunza, mesti kenal pakcik otai ni. Antara the famous person at Hunza dan tourist semua akan cuba dapatkan gambar dengan dia. Rezeki kami, terjumpa dia tapi takdan la nak pi selfie, cukuplah memerhati dari jauh=)




Pemandangan dari fort




Habislah sesi jalan-jalan kami di Attabad lake dan sekitar Hunza valley. Keesokan harinya kami ada misi tersebar iaitu nakpi panjat gunung untuk cari border yang tertinggi di dunia. Gambar yang aku share dalam ni semuanya masih pure, tak edit dan malas nak edit. Yang penting the real eyes can't lie. Stay tune korang!

Adios




Comments

Popular Posts