Autumn in Pakistan – Part 7 : Rakaposhi


Setelah melalui perjalanan yang memerihkan semalam, maka tidur malam tadi adalah tidur yang paling berkualiti! Dengan suhu sekitar 4'C memang mengerekotlah masing-masing dalam selimut tebal. Esok pagi, seawal pukul 7pagi aku dah keluar dari bilik untuk minta isikan air panas dalam termos kecil. Memang ke mana-mana tak boleh tinggal termos kecik ni, senang nak mengopi. 

Keluar saja dari pintu bilik, terus disapa dengan angin dingin yang lalu menari-menari ke muka. Fuuhhh, sejuk! Menggigil aku mencari dapur, nasib ada pekerja hotel terus aku cakap "garm panee" sambil memberi termos. Melihat apa yang ada di sekeliling sebab semalam kami dah sampai lewat malam dan memang takde idea kat mana lokasi hotel ni. Aku pilih hotel ni bukan sebab murah tapi atas rekomendasi sifu Pakistan aku, ET. Murah, cantik, selesa adalah travel pack untuk pilih hotel sepanjang trip ke Pakistan ni. Dan, barulah aku sedar yang hotel sederhana ini dikelilingi oleh banjaran gunung. Boleh nampak salji menutu[i bahagian atas puncak gunung yang sememangnya sangat indah. Boleh kata, aku memang dah semakin cinta dengan kecantikan Pakistan ni, selayaknya cinta pandang pertama. Hailaaa~~~


Lebih kurang pukul 8 pagi kami order sarapan dan request untuk bersarapan di laman terbuka, barulah ngam! Turut menyertai kami bersarapan sekumpulan pelancong dari China atau Jepun barangkali. Roti bakar, telur dadar goreng, butter, chai dan sambal ikan bilis CikKiah sudah cukup untuk mengalas perut pagi ini. 





Lama jugaklah kami breakfast sampai dah rasa terik bila muka kena matahari. Yelah, hanya semalam saja kami di Gilgit sebab tujuan utama adalah Hunza. Jadi lepas breakfast, terus siap-siap checkout dan bergerak ke Hunza yang berbaki 2 jam saja dari Gilgit. Ahhhh, pemandangan sepanjang ke Hunza pun tak nak kalah, lagi cantik dan seperti kena pukau. Jika boleh dibandingkan seperti Siti Nurhaliza sebelum pakai tudung and selepas pakai tudung, meaning dah sedia cantik bertambah cantik! Harapnya sampailah kat jiwa korang betapa aku cuba describekan kecantikan Pakistan ni. Kami minta Fadhil berhenti tepi jalan sekejap untuk amik gambar. Nahhh, margaya!






Kembali meneruskan perjalanan sambil mata disajikan pemandangan yang tak pernah tak cantik. Saat aku tulis ni pun rasa macam nak packing je baju dan terus terbang ke Pakistan! Dalam sejam berjalan, Fadhil berhenti di Rakaposhi Point untuk sesi mengeteh. Rakaposhi Point memang tempat wajib singgah sebab Rakaposhi ni antara gunung yang tertinggi di Pakistan dan jika diukur secara menegak, tingginya melebihi tinggi Gunung Everest, kata merekalah. Rakaposhi bermaksud "ditutupi salji", tempat laluan glacier dan tempat menternak haiwan peliharaan. As usual, hanya aku dengan Fadhil saja yang mengechai, yang lain takmo, ngengada. Sampaikan aku boleh borak dengan Fadhil beza chai-chai yang kitaorang minum sepanjang perjalanan. 




 Boss!


Membeli jiwa kanak-kanak dengan choki-choki =)

Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang, kami mahu seger tiba di Hunza, tempat untuk bermalam. Atas bantuan Altaf, dia sudah pun menempah bilik untuk kami bermalam di Hunza nanti. Aku setuju saja, asalkan kami ada tempat tidur. Lalo, chal!!!


Comments

Popular Posts