Autumn in Pakistan – Part 6 : Gilgit Perjalanan yang memerihkan!


Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Semua sudah sedia maklum bahawa perjalanan hari ini bakal merupakan trip yang paling panjang pernah kita lalui. Ya, panjang. Panjang itu selalu terasa lelah, panjang itu barangkali damai. Jadi, panjang yang seperti mana, menyeronokkan atau panjang yang mengazabkan? Kita tak pasti... Biar suspen.

Seawal pukul 4.00 pagi semua dah siap mandi dan pack barang-barang, 430 pagi driver dah sampai dan tolong angkatkan beg-beg ke kereta. Fadhil namanya, lagi mesra kalau dipanggil Fadhil bhai. Pagi masih pekat, lebih baik tidur sekejap sebelum mata bekerja menikmati kecantikan Pakistan. Sepanjang perjalanan Fadhil banyak bercerita jika ditanya, bagi je satu topik, dia akan tolong huraikan. Asal Peshawar, terus teringat kepada si Bais, pengawal keselamatan kat taman rumah aku. Sepatutnya kami berjumpa semalam, tapi disebabkan dia sampai terlalu lewat dan aku sudah kaku tidur mati, terpaksalah ditangguhkan saja pertemuan epik kami di Pakistan, hahaha. Yelah, biasa jumpa kat depan simpang masuk taman je.

Dalam sejam perjalanan, Fadhil berhenti. "Come outside' come outside." Disuruhnya kami keluar. Rupanya nak tunjuk permandangan sunrise sebelum hilang dari pandangan. Kami rupanya berada di check point terakhir area Islamabad, terletak di atas bukit sebelum memasuki kawasan pergunungan yang berliku-liku. 



Dah bergambar, kami meneruskan perjalanan. Sempat pesan kat Fadhil supaya singgah di mana-mana kedai untuk sarapan. Dalam sejam kemudian, kami singgah sekejap di kedai kecil di tepi jalan. Masih tiada orang pelanggan, kami yang terawal hari ni. Terdapat dua orang lelaki sedang menyediakan roti, bakar menggunakan kayu api yang rasanya tentu sedap! Sambil menunggu sarapan kami disediakan, kelihatan budak-budak berjalan dengan pakaian sekolah dan beg. Tersenyum-senyum malu bila memandang kami, segera teringat coklat choki-choki yang ada dalam beg. Dengan perempuan mungkin si lelaki kecil itu malu, jadi aku suruh Along saja yang berikan. Tersenyum lebar mendapat coklat =)






Selesai sesi bersarapan, kami beransur meneruskan perjalanan. Walaupun hanya dikelilingi bukit-bukau di kiri dan kanan jalan, tapi mata tidak pernah bosan. Dari kejauhan sudah nampak puncak-puncak gunung yang telah diliputi salji, menjadikan diri semakin tidak sabar.


Setelah tidur, bangun, makan dan tidur semula, Fadhil berhenti di sebuah kedai untuk makan tengahari. Udara terasa dingin, segar. Aku seperti biasa hanya perlukan secawn chai untuk menikmati pemandangan yang sungguh indah di kedai makan ni. Air sungai yang mengalir deras, bukit-bukit yang bercahaya disirami cahaya matahari cukup buatkan aku mabuk! Mabuk dibuai keindahan ciptaan Allah.  


Setakat ni toilet di Pakistan tidak mengecewakan, jadi sepanjang jalan agak selesa kerana tidak perlu menahan sebarang sisa kumbahan, hahaha. Tak macam India la kan, nak membuang dalam train pun aku terpaksa menyelinap ke coach 1st class sebab tak mampu nak tahan dan lihat apa yang ada dalam toilet. Setelah siap-siap makan kami segera melompat masuk dalam kereta semula. Jam baru menunjukkan pukul 2 petang, Fadhil kata if tiada apa-apa kita boleh sampai pukul 7pm. Aktiviti dalam kete adalah tidur to kill time kaedahnya. Sesekali terjaga terus capai gopro untuk capture moment yang spectacular! Aku cuba share video sepanjang perjalanan merentasi bukit-bukau tapi tak boleh pulak. Jadi layankan jela gambar-gambar yang ada.








Dipendekkan cerita, ikutkan kami akan sampai ke Madina Inn pukul 7pm tapi terlajak sampai pukul 10pm! Dari pukul 4 pagi sampai ke 10 malam dalam kereta cukuplah buatkan kami semua rasa trauma, rasa macam takmo nak naik kereta 2,3 hari! hahaha

Kalau korang mampu, naik jela flight dari Islamabad ke Gilgit, 1 jam je, hahaha. Tapi disebabkan nak rasa pengalaman melalui jalan sutera, Karakoram Highway dan bermusafir secara bajet, maka ini jelah pilihan yang ada. Sambungan seterusnya kita akan ke lembah syurga dunia, yang sememangnya layak digelar begitu. Aku menulis ni pun terasa sengal-sengal pinggang, mengimbau semula perasaan duduk terperap dalam kereta sepanjang hari! Nak travel kan, rasakanlah masam manis berkelana. Aku tak pernah menyesal pun bila terpaksa melalui perjalanan sebegini, sebab itulah yang buatkan kau menghargai setiap saat kau berkelana di bumi Allah ni. Tujuannya, mahu selamat sampai dari titik A ke titik B, dengan selamat. Itu saja sudah cukup. 







*Kalau pergi lagi, aku prefer naik flight =p

Comments

Popular Posts