Autumn in Pakistan – Part 5 : Islamabad, bandar intelektual



Setelah sesat barat semalaman mencari jalan pulang selepas makan di Badshahi, hari ni kami akan bergerak ke check point seterusnya, iaitu Islamabad. Jarak di antara Lahore – Islamabad hampir 300KM dan nasib baik ada highway yang membuatkan perjalanan lebih lancar dan singkat.

Pukul 9 pagi kami disajikan sarapan oleh isteri Uncle Shahid, as usual ada 3 pilihan air iaitu chaiye, jus and soda, rasanya normal kot kat sini pagi-pagi buta minum air gas. Sarapan pagi kami dihidangkan roti seakan-akan roti canai dan manisan. Agak awkward je bila makan dihidang, rasa seperti menyusahkan orang lak kan tapi itulah kebaikan dan kemesraan yang Uncle Shahid and wife berikan. Dah borak-borak, kami beransur pergi, bersalaman, beri sedikit cenderamata tanda ingatan daripada Malaysia dan amik gambar kenangan. Yang terharunya siap suruh driver dia hantarkan kitaorang ke bas stesen dan bawak kitaorang beli sim card supaya mudah berhubung nanti. Too kind la and cant take it anymore from them!

 Breakfast timeeee



Amazing experiences with Couchsurfing and the host

Bila dah sampai Daewoo Bus Station, memang pada mulanya plan untuk naik bas ekspress tapi driver uncle Shahid dapat pulak best deal dengan driver taxi, 4500 rupees je if naik taxi dan lagi cepat. Terus jela grab peluang keemasan sebab if naik bas, tiket per person 1000rupees, dah jimat 500 kat situ. Daewoo merupakan syarikat pengangkutan yang paling utama dan terbesar di Pakistan dan syarikat yang diuruskan oleh kerajaan, kira macam bas Mara or Rapid la if kat sini. Orang sana kata Daewoo je yang orang paling percaya dan rasa selamat sikit berbanding syarikat bas yang lain.

 Kat stesen bas ade cafe/lounge untuk lepak-lepak tunggu bas or taxi

Kaunter Daewoo untuk taxi di luar bangunan


Tepat pukul 11 pagi, kami bergerak dan masing-masing amik kesempatan untuk melelapkan mata. Tak lama sangat pun boleh tido sebab view on the way ke Islamabad pun agak wow, bukit-bukau dan kadang-kadang nampak gunung yang dah mula dilitupi salji. Dah hampir sejam setengah dalam kete, kami mintak driver singgah RnR untuk isi perut. Kira ok jugaklah RnR Pakistan ni jika nak bandingkan RnR Madinah-Mekah. Toilet besar dan bersih cuma tak ramai orang sangat. Makanan pun lebih western, KFC and etc. Selepas tu, kami teruskan perjalanan dan sejam kemudian selamat tiba di terminal Daewoo Rawalpindi around 3 petang. Try cari taxi untuk bawak kitaorang ke Islamabad Backpakers Hostel, agak mahal jugak taxi sekitar station bus tu tapi try nego dapatlah 400rupees. Itupun bukanlah proper taxi, macam kancil je, sumbat gegajah 4 orang ni plus beg masing-masing, sesak!



 
Mahal jugak anney ni tapau kitaorang, 400rs dia ketuk! Standard 200rs boleh dapat

Setibanya di apartment, contact Haris, tuan rumah dan dia terus beri nombor rumah. Aku ingatkan hostel ni betul-betul hostel tapi bukan, rumah dia kat kawasan apartment dan dijadikan sebagai backpakers hostel. Selesa, besar, bersih, itu yang penting. Kami tak lepak lama pun kat rumah, dah letak beg terus tanya mana tempat yang best nak sighseeing kat area Islamabad dan terus order uber. Hanya 200rupees je dari rumah nak ke Masjid Faisal tu dan sampai sana lebih kurang pukul 5 petang, kira dah nak senja lah. Masjid Faisal kira antara yang wajib singgah dan tengok sekiranya dah sampai Islamabad kerana merupakan antara masjid yang terbesar di Pakistan dan di dunia. Ramai orang tempatan yang datang, lepak-lepak sekitar masjid. Suhu dah mula drop, menyesal pulak tak bawak sweater. Orang kat sekitar masjid ramai tapi takdelah sesak mana. Masjid Faisal memang sangat cantik, marmar putih teringat masjid Nabawi, tenang je. 


I was here!

Tengah asyik snap gambar, tetiba ada orang approach Along, cakap melayu lak tu, terus rancak berborak. Rupanya dia dah lama duduk Malaysia, sejak dari kecik lagi. Sebab itulah bahasa Melayu dia takde pelat langsung. Duduk di persekitaran masjid sampai maghrib dan kami terus ke bandar untuk dinner.  Di Islamabad, tempat makan yang best dan orang suggest adalah di Faizabad  and around G9 Markaz. Disebabkan dah trauma dengan kejadian di Lahore, maka kami cari kedai makan yang proper je. Makan dekat kedai yang ada bahagian untuk family. Kat sana, perempuan sangat tertutup, jadi makan pun kena duduk asing. Makanan sedap jugak dan untuk 4 orang hanya 600rs je.Takde benda sangat yang sempat kami buat di Islamabad walaupun ada juga attraction lain seperti Pakistan Monument tapi kami semua lebih fokus kepada perjalanan jauh esok ke Gilgit. Balik guesthouse, mandi, rehat dan tido!

Faizabad night market

Dinner Pakistan's style


* Kena tambah lagi sebulan berjalan kat Pakistan untuk lebih kepuasan  

Comments

Popular Posts