Autumn in Pakistan – Part 5 : Lahore yang mendebarkan
Disebabkan
kami ada satu hari saja di Lahore, maka lepas rehatkan diri kami terus keluar
ke bandar. Tips untuk mudah bergerak di Lahore, Islamabad dan sekitar
bandar-bandar di Pakistan adalah menggunakan Uber dan Careem tapi pastikan
korang ada nombor Pakistan. Harga lebih murah berbanding korang tahan taxi kat
tepi jalan.
Seperti
yang disarankan oleh Mr Shahid, Kami semua pergi ke Badshahi Mosque sebab kat
situ ada Lahore Fort dan dekat dengan Minar Pakistan. Lupa nak beritahu yang
Pakistan dan India ni malamnya awal, pukul 5.30 petang dah maghrib. Jadi siang
lebih pendek dan rasa sekejap je dah gelap. Dah sampai di Badshahi Mosque kami
terus cari jalan utama untuk masuk ke dalam. Dari luar, Badshahi lebih kurang
macam Taj Mahal, dikelilingi oleh tembok besar, tinggi. Disebabkan dah gelap,
jadi sukar jugak nak tau mana satu pintu masuknya. Jika di sana, korang akan
perasan bila korang berjalan di khalayak ramai, korang akan diperhatikan,
dipandang dan diusha…. Entah kenapa orang sana if pandang orang asing semacam
je. If di Lahore lagilah obvious sebab perempuan kat sana tak pakai seluar,
tshirt. So bila kita catwalk depan dia rasa persis model, hahaha Ok, seterusnya
masuk je Badshahi Mosque korang akan Nampak fort bertentangan dengan masjid.
Masjid sangat cantik, indah walaupun dalam gelap. Susun atur sama saling tak
tumpah dengan masjid di Taj Mahal, warna merah bata, ruang solat lapang,
berlantaikan batu merah tidak berbumbung. Namun, ada satu hal yang mengganggu
ketenangan aku pada waktu itu, bersebelahan masjid ada deretan restoran mewah
yang mainkan lagu-lagu seperti di disko layaknya, kuat! Ko dalam masjid tapi
sebelah orang tengah karaoke, oh my… itu jela yang aku rasa macam pelik.
Dah puas
pusing sekitar masjid, shoot sekodak dua, maka kami keluar dan terus mencari
street food. Pada masa tu, apa yang aku faham ada dua jenis street food kat
area town. Satu yang macam pasar malam and satu lagi yang standard. Disebabkan
ada Jemaah ni memang jenis food hunting, nak try street food maka kami turutkan
sajalah. Bila dah sampai satu tempat tu, memang banyakk gila orang menjual-jual
di tepi jalan, not proper food stall macam kitalah. Bau memang sedap tapi rasa
was-was sikit nak makan. Jalan punye jalan tapi still tak jumpa yang
betul-betul street, rasa macam kitaorang jalan ke dalam lubuk yang penuh dengan
manusia. Ramai gila orang approach tanya itu ini tapi takdelah melayan.
Tengah-tengah jalan tu, tetiba Along cakap “kak, ada orang follow kita!” Aku ok
lagi jela sebab bagi aku orang follow tourist tu kira biasa then kat tempat
sesak macam tu. Along suruh jalan depan dia and cross jalan pakai jejantas, nak
tengok mamat tu betul-betul follow ke tak. Dem, dia memang follow kitaorang!
Uiissshhh, aku dah rasa suspen pulak, first time kena follow. Kitaorang buat
relax je then stop, dan mamat tu pun ikut stop. Bila kita pandang dia, dia
sengih senyum. Ewahhhh, cantiknye perangai dia kan! Then kitaorang turun balik
ke bawah dan jalan laju-laju, mamat tu still follow. Tetiba Nampak kereta
peronda polis kat situ then Along terus pergi kat polis and bagitau pasal
kejadian follow memfollow ni kat polis. Sekali scene macam dalam filem
da…hahaha Aku gelak betul time abang aku cuba explainkan kat polis tu, sampai
sekarang jadi modal membahan dia! Atas nasihat polis, dia suruh kami pegi ke
food street lagi satu, lagi selamat untuk tourist katanya. Siap tahankan taxi,
suruh driver tu bawak kami. Dah salam cakap terima kasih semua, maka kami pun
naik taxi tu dan tak tahu mana sebenarnya tempat yang dimaksudkan. Bila dah
sampai, dah bayar terus berjalan ke tempat yang ditunjukkan oleh driver. Dan
korang tahu kat mana street food tu? Kat sebelah Badshahi Mosque, tempat yang
aku komplen pasang muzik kuat-kuat tu….hahahaha hampeh betul! Food huntinglah
sangat!
Street food
di area Badshahi Mosque lebih elegan, lebih mesra tourist, tak crowded dan
mahal sikit. Kami yang dah kepenatan dan kelaparan malas nak fikir untuk cari
tempat lain so makan jela kat situ. Kebanyakan restoran ada rooftop so lagi
bagus makan kat atas bumbung sambil lihat pemandangan 360’ Lahore dan Badshahi Mosque yang sekangkang kera je jauhnya. Makanan
memang sedap ya ampunnn, sambil pulak layan orang menyanyi ala-ala qasidah kat
jalan tu memang padu!
Dah makan,
kenyang terus kami semua pulang ke pangkal jalan sebab esok nak menghadap jalan
raya lagi dari Lahore ke Islamabad. Aku yang menulis ni pun dah rasa mengantuk
bila fikirkan perjalanan yang dah kitaorang tempuhi sepanjang berkelana di
Pakistan. Sambung ke part seterusnya, adios!
*Tak puas pusing Lahore
Comments