Autumn in Pakistan – Part 4 : Amritsar ke Lahore



-->

Setelah menempuhi 30 jam perjalanan yang panjang dan memerihkan, akhirnya pukul 7.30 malam kami selamat sampai di stesen keretapi Amritsar Jant. Disebabkan dalam jadual kami tak bermalam di Amritsar, maka dalam train aku sempatlah booking hotel untuk kami berempat merehatkan badan. Hotel banyak je yang murah, pilih je mana yang berkenan. Keluar je dari stesen ramailah pemandu auto dan taxi mengerumuni, semua try hard nak hantar. Aku selalunya akan cari yang lepak, relax je kat tepi auto dia sebab itulah yang boleh dipercayai berbanding orang yang approach kita. Taxi offer 400 rupees, si Viney offer 100 je, see! Aku locked terus Viney sampai esok hari.



Dalam website jarak dari train station ke hotel around 2km je tapi aku rasa lebih dari tu. Alang-alang kat luar lagi, kami mintak Vinoy bawakan ke kedai makan, nak dinner siap-siap. Disebabkan susah nak cari makanan halal walaupun orang india ni vege, maka kami singgah beli subway tuna jela. Sampai hotel, mandi terus hilang, dengan subway pun entah ke mana! Memang penangan betul. Around 3 pagi baru terjaga, buat kopi dan makan subway. Bila berjalan, perut kena jaga, jangan sampai tak makan sebab banyak tenaga nak guna. 

Esoknya, dalam pukul 8 pagi kami dah siap-siap untuk ke Wagah Border. Breakfast siap-siap dalam bilik berbekalkan sambal ikan bilis, tuna, roti, kopi cukuplah untuk alas perut. Dah deal dengan Viney pickup kitaorang, jadi takdelah nak mencari driver lagi. Cost dari Amritsar ke Wagah 700 rupees, mungkin boleh dapat lagi murah tapi aku rasa oklah tu dengan masa perjalanan lebih kurang 45 minit. Sampai di Wagah border lebih kurang 930 pagi, rupanya immigration bukak pukul 10 pagi, so boleh bawak bertenang dan bincang dengan jemaah jawapan-jawapan yang perlu dihafal sekiranya kena tanya. Dalam risau-risau nak melintas border, rupanya ada jugak orang Malaysia dalam line tu. Makcik-makcik Punjab nak balik kampung, bila kat oversea dapat jumpa orang Malaysia dan cakap bahasa Melayu rasa lain macam! Hahaha

Our breakfast
Bukan main si Viney ni hensem amik kitaorang pagi tu. Sapa nak nombor dia aku ade!


Semua muka dah fully charged

Bila pintu immigration bukak, semua orang berlari-lari beratur. Perempuan dan lelaki diasingkan dan ada 6 lapisan yang korang kena ready untuk digeledah. Beg semua kena bukak dan pastikan jela korang tak bawak apa-apa yang salah dan mencurigakan. Nak lepas dengan cepat aku rasa kena cakap urdu sikit then bila dia dah senyum semua mudah je. Terima kasih kat Atif Aslam dengan Arijit Singh la sebab diaorang aku bolehlah cakap urdu sikit-sikit.
Dah settle urusan di kaunter, kami dibawa naik bas untuk ke pintu sempadan. Ingatkan dekat boleh jalan kaki jela kan. Dah turun, sayup-sayup dah nampak bendera Pakistan berkibar. Perasaan aku rasa macam nak lari cepat-cepat dan jerit Pakistan Zindabad kuat-kuat! Semua video-video yang aku dah tengok pasal Wagah border, semua stories, semua gambar-gambar yang traveller share dalam internet bersatu dan menjelma depan mata aku. Amboi, melankolik sungguh!

Pakistan, me arihu!

Well, i did it!



Amik gambar, video puas-puas sebab pagi masih muda. Urusan di immigration belah Pakistan sangat cool, takde banyak tanya, selongkar beg. Bila dia tengok passport Malaysia dan kita muslim, terus terukir senyum di muka masing-masing. Boleh dikatakan immigration Pakistan masih lagi zaman 80an, tulis nama pun pakai manual je, takde bangunan yang hias beriya, takde perabot or mesin canggih pun, simple gila. Tapi, itulah Pakistan. Dah keluar dari kaunter kami naik tram untuk ke parking lot. Kat sini adalah 2,3 buah taxi untuk angkut orang-orang ke bandar. Disebabkan kami dah dinasihatkan supaya jangan amik taxi kat situ, maka kami harus menapak hampir 1KM untuk cari taxi yang lebih murah. Ok, dah mula rasa panas, dan berdebu. Lepas bernego, tarik tolak, lari sikit (konon-konon nak cari taxi lain), cakap urdu sikit, akhirnya dapatlah taxi ke bandar Lahore 600rupees, dari 1200! Kami semua dah lapar, jadi terus mintak taxi stop kat KFC Lahore.
Tram untuk keluar dari immigration

If tak mampu bersesak dengan beg-beg dan panas, lupakanlah backpack...

Sambil-sambil makan, terus contact Mr Shahid, tuan rumah yang sudi tumpangkan kami semalam di Lahore. Dia share location dan dari situ kami terus cari taxi ke rumah beliau. Macam mana aku kenal Mr Shahid ni? Pada mulanya kami sepatutnya bermalam di rumah Adil sebab dah deal dengan dia. Last minit dia tak dapat tumpangkan kita orang kat rumah dia sebab mak dia masuk hospital, so aku pun agak gelabah sebab last minit mana nak cari host baru. Then Adil tolong post and carikan host, aku pun buat new request dalam Couchsurfing dan alhamdulillah Mr Shahid sudi nak tumpangkan kami berempat. Melangkah masuk rumah dia, masyaallah besarnya! Bukan calang-calang rupanya Mr Shahid ni, somebody jugak. Masuk rumah pakai kasut, aku rasa awkward gile, tapi dah begitu caranya, kita ikut jela. Bila dah masuk ke dalam, kami terus dihidangkan teh, jus, manisan dan kuih. Kami berborak-borak pasal background masing-masing, nak ke mana lepas tu, buat apa kat Malaysia. Mr Shahid impress gile bila tahu kami travel adik beradik. Dia tak pernah lagi terima tetamu dari Malaysia dan muslim, jadi dia sungguh happy terima kehadiran kami semua. Ada jugak isteri Mr Shahid, nama pun aku dah lupa tapi so nice, treat, bagi makan macam anak sendiri je. This is my first time ever guna Couchsurfing dan Im so excited, happy dan rasa so welcoming here. Kebetulan masa tu jugak ada guest dari Hong Kong, Marsha tumpang rumah yang sama. Dia on the way untuk completekan ekspedisi berbasikal keliling Pakistan, gila kan? Aku turun naik kereta pun dah penat, apetah lagi nak kayuh.  Selepas dah berborak, kami ditunjukkan bilik masing-masing, dapatlah share wifi dan rehat sekejap sebelum keluar pi pusing-pusing Lahore.

 Mr Shahid's wife served us. Nice and humble people

 sesi memperkenalkan diri, bersosial. Aku tak percaya apa yang aku buat ni sebab sungguh contradict dengan sisi introvert aku =) 

 Pakistani chaiye plus some local sweet

 Nice room, clean, big, deep sleep!


Dah jatuh cinta dengan keramahan Pakistani, yaha me kiya karu?

*Thank you Uncle Shahid, you too Couchsurfing!


Comments

Ayu Dahlan said…
Dear Sister,
My name is Ayu from Jakarta. I want to know how to get visa from India to Pakistan? Should we apply e-visa? Or is it possible to get visa on arrival if we enter Pakistan from Amritsar? Thank you.
salam..hi.. bole tau camne nk cntc mr syahid tu? tq in advance.
::jellyapple:: said…
Hi sis, nice trip. Boleh tau fb apa, nk tya psl pakistan trip
Nad said…
Hi Ayu, I think right now Pakistan already has e-visa that u can apply online. No need to go through their interview session, easy and cheap too!

Popular Posts