Autumn in Pakistan – Part 3 : Pengembaraan bermula!
Jadual
penerbangan daripada KUL-Bangkok pukul 1.30pm dan around 11am aku dan
Nasha dah ada kat KLIA. Naik Thai Airways kan, merasalah depart from KLIA. Kemudian
connecting flight dari Bangkok-Delhi around 530pm dan sampai ke Delhi 9pm.
Pergerakan semua smooth untuk hari pertama, tiada masalah. Semua cukup makan,
cukup tidur, cukup entertainment, sebab bila sampai Delhi barulah drama pertama
muncul!
Bila sebut
pasal Delhi, aku terus rasa sesak, serabut, loya. Ikutkan plan asal, kami berhenti
sekejap di Delhi untuk amik train ke Amritsar pukul 230 pagi. Namun, train
delayed sampai pukul 430 pagi. Bayangkan dari pagi tak rehat lagi, tidur pun
duduk jela kat kerusi. Nak tidur beria rasa tak selamat dengan keadaan
sekeliling. Orang-orang bergelimpangan kat station, tidur je mana dia orang nak
tidur, kencing sesuka hati jela kan…huhuhu Aku rasa tak sedap hati, dah tanya
pendapat jemaah untuk tukar train, naik kat Delhi Station dan amik express
train pukul 730 pagi esok. Tapi, dia orang kata alang-alang dah tunggu so kita
proceed jela. Dan bila train kita orang sampai, terus rasa speechless. Aku
tengok betul dah gerabak kita orang nombor tu, tapi kenapa tak macam ekspress?
Kenapa ramai gila orang naik, tidur sepanjang jalan dalam train tu? Kenapa ada
orang lain tidur kat katil kitaorang, bukan sorang, sampai berdua setiap katil
plus bawah lantai, bawah katil! Oh my….kita sudah kena kencing dengan perkataan
‘ekspress’. Muka masing-masing time tu macam antara hidup or mati je. Dah
berangan boleh terus tido dalam train tapi lain pulak jadinya. Abang Kam try
kejut manusia-manusia yang bergelimpangan tidur tapi diaorang buat bodoh je.
Arevahhh! Aku terus bagi option, jom keluar dari train ni dan kita direct pegi
Delhi Station tukar train. Semua setuju terus kitaorang keluar sepantas kilat
after train berhenti. Itulah pengalaman paling disaster sekali setakat ni
dengan train India, hahaha. Nak hadap 10 jam perjalanan dengan situasi macam
tu, ampun sis tak mampu. Walaupun backpack, sis tak sanggup nak berhadapan
dengan situasi macam tu.
Lepas je
keluar dari gerabak tu, barulah rasa lega. Amik auto terus ke Delhi Station.
Masa tu dah pukul 5 lebih. Jadi kami try beli tiket online sebab foreigner kena
beli tiket from website or beli dekat International Tour Bureau. Ada express
train pukul 730am dan yang paling cepat sampai ke Amritsar. Nasib baiklah aku
dapat free roaming 3GB dari UMobile, so terus whatsapp Arn mintak tolong dia
belikan tiket. Menggelabah jugaklah dia kan tolong sana-sini. Dalam masa yang
sama try tanya kaunter tapi semuanya tak boleh. Aku dengan Along try cari opis
untuk international ticket tapi tak jumpa padahal masa 2016 dulu jumpa. Rupa-rupanya
Delhi Station ni ada 2 side, ade depan dan belakang dan kitaorang duduk kat
area side belakang. No wonderlah tak jumpa opis tu. Maka, berlari-larian lah
aku dengan abang Kam pegi opis tersebut dan rupanya opis tu open 24 hours for
foreigner, maigad… Masuk je situ terus rasa sejuk aircond dan proceed beli
tiket train baru. Nasib baik ada yang pukul 11 pagi dan sampai Amritsar 730pm.
Kami proceed jela sebab tak nak tersekat kat Delhi ni lama-lama. Yang penting
sleeper class yang betul-betul class, itu je!
Tempat paling selamat untuk tourist jika di Delhi Station
Finally dapat beli ticket baru ke Amritsar
Dah settle semua, aku pun ajak Jemaah semua pi restoran Sameer, port kitaorang makan dulu sebab masing-masing dah penat gila, lapar dan mengantuk. Restoran Sameer ni dekat je dengan train station dan halal. Bila dah
dapat makan, dah gosok gigi, basuh muka, rasa fresh, rehat sikit barulah
kitaorang pegi semula ke train station untuk perjalanan yang seterusnya. Delhi
station ni besar gila, aku rasa adalah sampai 16 line dan rakyatnya maha ramai,
sesak! Bila datang sini pastikan korang pakai mask sebab kualiti udara Delhi
memang teruk paras bahaya, dengan habuk, bau orang, bau hancing semua bersatu
sampai ko rasa nak muntah. Serius aku cakap, Delhi memang tempat yang paling
aku mengelak nak pergi!
Bila train kitaorang sampai, finally kitaorang on
track! Sleeper coach dia ok, bersih, sejuk. Cuma part toilet tu tak mampu nak
hadap. Terpaksa aku menyelinap ke 1st coach nak tumpang toilet,
hahaha. Pengalaman tersekat di Delhi masih bersisa dalam ingatan ni dan itulah
yang buatkan trip ni lagi menarik. Walaupun kami dah lari sikit dari plan asal
yang sepatutnya pada hari kejadian kami dah selamat cross border dan bermalam di Lahore, tapi tak kisah
sangat sebab still lagi fleksibel dan boleh catch up dengan benda lain.
train aku dah sampai!!!!
Nasha dalam proses bertenang...
Selesa tapi sejuk ya amat!
Dah ready nak turun Amritsar
*Lets go
Amritsar, play your music!
Comments