Autumn in Pakistan - Part 2 : Visa Pakistan vs Visa India
Travel kali
ni perlukan dua visa, iaitu Pakistan dan India. India visa kira senang jugaklah
nak apply, semuanya online tapi visa Pakistan agak leceh sikit dan banyak
prosedur. Aku cuba cari maklumat tentang apply visa Pakistan dalam internet
tapi tak banyak yang terangkan secara detail proses permohonan visa dan kalau ada
pun tak berapa jelas dan cerita pun tak habis! Aku try pulak direct message, PM
orang-orang yang dah pernah ke Pakistan, dengan harapan nak belajar sikitlah
daripada pengalaman diaorang. Tapi, hampa jugak. Message tidak bersahut, tidak
berbalas. Ko rasa macam apa susah sangat nakpi Pakistan ni? Jadi, aku pun tawakal jela buat-buat faham sendiri isi form. Form Pakistan masih lagi manual, macam form kat sekolah je, jadi janganlah risas sangat.
Apa yang
menariknya tentang visa Pakistan ni, kita kena ada surat jemputan or Letter of
Invitation daripada rakyat Pakistan. Oh man….celah mana pulak kan aku nak
mencari kawan pena dari Pakistan! Hahahaha So aku try la google mana nak
dapatkan surat tu. Mostly, agent yang supply surat ni untuk tourist dan
harganya jangan cakaplah, main USD. If satu surat USD50, kalo untuk 4 orang dah
berapa? Main kasar betul diaorang ni. Disebabkan trip ni takde budget, so aku
cuba cari benda yang free, jadi aku pun menggunakan Couchsurfing untuk dapatkan
LOI from Pakistani people. Alhamdulillah setelah message dalam 5 ke 6 orang
Pakistani, ada 2 orang yang reply and sudi bagi LOI for FREE! Asif, bohout
syukriya! LOI terdiri daripada surat rasmi yang mengatakan dia menjemput kita
ke Pakistan dan akan jadi host, guider dan jaga kita sepanjang kita di sana.
Lepas tu, perlu dilampirkan ID dia orang depan dan belakang. Dah dapat yang
ini, kiranya, 50% kaki dah masuk Pakistan.
Document yang perlu dibawa untuk visa Pakistan
Kedutaan
Pakistan betul-betul kat Jalan Ampang, dekat dengan Pelita nasi kandar KLCC tu.
Bukak dari pukul 9 pagi sampai 11.30 pagi untuk serahan dokumen. Kemudian, if
tiada masalah, esoknya pukul 4 petang dah boleh collect passport berisi visa
Pakistan. Jangan risau pasal parking sebab sebelah office tu ade lot parking,
siapkan duit je untuk bayar, around RM3.20 sejam. Then LOI, itinerary lengkap
(penting sebab akan tentukan berapa hari visa korang), Salinan passport, gambar
ukuran passport (ikut size Pakistan) 2 keping, surat dari majikan, tiket
flight, tempahan hotel, bank statement (macam nak mohon loan). For ladies who
wants travel solo to Pakistan, sediakan je surat kebenaran dari penjaga sebab
banyak kes dia mintak. Macam aku nasib bawak abang sekali. Dan Nasha pun dia
mintak surat penjaga tapi aku cakap “She is too old to get permission from her
family.” Hahaha, gelak je orang tu. Dan memandangkan dia pergi dengan aku, so
kiranya abang aku boleh jadi as a penjaga. Bayaran visa Pakistan hanyalah RM30
dan boleh dibayar melalui Affin bank, no account 100020014413. Bayaran secara
cash deposit only, jangan pulak bank transfer ke dan bawak resit sebagai bukti
pembayaran. Part ni aku tak tau dan terpaksa menapak 2KM dari kedutaan Pakistan
tu mencari Affin Bank. Diaorang bukannya sediakan ATM machine ke kan kat situ.
So, korang yang dah tau ni buat bayaran siap-siap supaya tak berpeluh macam
aku.
Detail pembayaran
Simple je kaunter mohon visa, takde nak fancy mancy
Jangan
ingat bila dah serah semua kat kaunter korang dah lega, nop! Lepas dah serah,
korang kena ke bilik interview pulak. Haaaa, ada interview session tau nak
masuk Pakistan ni, korang ingat nak mintak keje je ke ada interview. Kenapa
kena interview bagai? Sebabnya pihak kedutaan nak tahu lebih jelas pemergiaan
kita ke sana, siapa yang jaga, korang pergi area mana, risky ke tak, cukup duit
ke tak. Lebih kepada faktor keselamatan, tak lebih dari itu. Dan dia tanya
jugak siapa yang bagi LOI, macam mana kita kenal dia, bla bla bla….So jawab
jela secara yakin dan janganlah tipu sangat. Yang penting confident! Bila dah
dapat passport and visa, jangan lupa selfie sikit tanda korang dah 100% kaki
kat Pakistan. Tahniah la ye…..
sesi collect visa agak singkat, pastikan korang datang on time. Time ni aku dah menari hindustan dah sebab dapat visa!
Tempat nak buat visa India dekat area Pasar Seni, berhadapan dengan Dataran Merdeka. If naik kete boleh parking kat Pasar Seni, senang.
Sesi biometric
Visa India? SUKSESS plus sakit hati sikit sebab mahal!
Bila semua visa dah ready, kita update itinerary sampailah lagi 2 hari nak pergi pun still berubah-ubah jugak iti ikut perkembangan semasa di sana. Jangan lupa pastikan korang amik suntikan influenza dan Thypoid sebagai langkah berjaga-jaga. Amik suntikan ni seelok-eloknya sebulan sebelum, lagi bagus. Selepas tu korang boleh menelan apa sahaja yang ada di langit dan bumi time kat India and Pakistan.
Latest jadual pergerakan ahli rombongan
*Alhamdulillah, tak sakit perut time travel!
Comments