Selamat Hari Raya 2017 -Part 1
Hari ni dah masuk hari raya yang ke 9, puasa dah rasa sekejap, apatah lagi raya. Tapi belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada sesiapa yang sudi menjengah blog yang sendu ni, if adalah, hahaha, selamat hari raya korang!!!
Seperti kebiasaan macam tahun-tahun sudah, hari raya haruslah di rumah nenda tercinta, berkumpul seantero cucu cicit Daud Lemang untuk meraikan aidilfitri. Tahun ni rasanya agak sentimental sebab mungkin 2,3 tahun akan datang keadaan dah tak sama macam yang kita kecapi hari ini. Semua famili dah semakin bertambah, dah berkembang, masing-masing dah ada keluarga sendiri, rumah mak mertua bagai, jadi possibility nak kumpul ramai-ramai macam sekarang mungkin dah susah. Sedih pulak kan....sebab kami ni sepupu, bapak sedara, mak sedara dah rapat sejak kecik, it is quite emotional moment for us to let it go and grow up. Seriously, I don't wanna grow up anymore and wanna asked special discounts to recount my age again! hahahaha...Ok, takmo sedih-sedih, hari raya weii!
Disebabkan aku terpaksa mengambil Nami Jumaat malam di airport sedangkan yang lain dah bergumbira di kampung, makanya kami terlepas momen sahur terakhir bersama-sama. Bila sampai kampung around 8am, kelihatan tentera-tentera Nek Mun dah bersilat memulakan tugas masing-masing. Nasik impit dah masuk dalam periuk, bawang, serai, halia, lengkuas semua tengah dikupas. Kelapa tengah dimesin, pakcik, pak induk tengah masukkan daun pisang dalam lemang, memang sepakat seperti penduduk Kampung Pening Lalat, hahaha
Pastikan korang play video ni sambil sambung baca karangan kat bawah! Aku boleh detect sape yang tak play!
Tahun ni lemang bakar sikit je, sebab mastermind Tok Boh sakit kaki, dia dah kena paksa tarik diri awal-awal. Tapi nasiblah ada hero from Pahang dan Perak volunteer nak amik alih tugas Tok Boh bakar lemang, siap bawak batang lemang dari Pahang, jauh lemang kita tahun ni. Thanks Pakngah, Pakcik Isa dan Pak Induk yang bekerjasama nak bakar lemang, if takde lemang macam tak raya pulak kan. So, tahun ni lemang around 50 batang je compared dengan tahun-tahun lepas mesti cecah 100 batang punye. Jadilah untuk makan-makan kasi orang datang raya merasa lemang Daud. Dan tahun ni jugak pecah rekod sebab rendang kerang takde, kerang sold out even seminggu sebelum raya maklang dah start menggagau kat pantai sekitar Alor Gajah, hahaha. Kerang memang dah naik harga satu hal, ini batang idung pun tak nampak kat pasar pun satu hal, konspirasi raya agaknya. Jadi, menu raya tahun ni agak simple je, rendang kerang gantikan dengan sambal tumis ikan bilis di pagi raya, rare jugak menu ni!
Ketua Dapur kelihatan sedang curi-curi iron baju senyap-senyap, takut anak buah hulur baju suruh gosokkan...hihihi
Quality Control sedang memantau kebersihan, keberkatan proses sembelihan ayam. Style cekak pinggang pun memang sebijik ikut mentor, NekMun!
Ayam untuk makan berbuka, bukan untuk raya ye...
Ada orang raya tahun ni asyik tengok phone je, hahaha
Cinderella Man
Bujang-bujang dah cucu NekMun
Yang bestnya tahun ni, semua pak sedara, mak sedara balik, kiranya cukup jemaah tahun ni. Dah settle merendang, melemang, melingkau, kita dah ready-ready untuk buka puasa terakhir. As usual, buffet saja kaedahnya, semua dah sakit pinggang nak hidang, hahha. Lauk untuk berbuka kali ni daging tetel kuah pedas Induk, begedil gebu pakndak, daging lemak goreng kunyit makcik dan sup tulang power rangers CikNad. Haishhh, teringat pulak kegebuan begedil pakndak, bila masuk dalam mulut tu dia terus cair, tau-tau dah takde dalam mulut, sedap sungguh! Tahun ni pun rasanya masak takde over sampai berlebih-lebih, cukup-cukup je, bagus kali ni punya estimate budget.
lagi sejam nak buka, kelihatan mermaid pencen dah tak sabar nak bukak pose...Sambil tu dia orang ni usha-usha hadiah yang bakal diterima tahun ni, dan tikam duit raya kembali lagi dengan taruhan 2 keping RM50, ayoooo!
Part bukak hadiah ni yang seronok, nak-nak semua hadiah jenis boleh guna, jadi takde istilah hadiah beracun. Cuma teddy bear tu bila CikNad yang dapat rasa macam haila......hahaha Nasib Qaseh cakap dia nak, kalo tak terpaksalah CikNad letak kat bucu katil, hilang maskulin CikNad,kikikiki
Dah settle bukak pose, terus ready untuk solat Maghrib berjemaah, takbir raya dan solat Isyak. Tahun ni ada yang buat lawak bila beliau dengan confidentnya baca doa iftitah, orang suruh baca takbir raya daaa..... hahaha, adoi....
Dan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh semua orang, sesi tukar-tukar hadiah! Tahun ni pengacara majlis buat onar, takmo jadi pengacara, asal cakap je dia bantai gelak, so kita terpaksa bubarkan mereka berdua ni dan blacklist nama mereka sebagai pengacara. Tahun ni ada tambahan permainan, iaitu pie slap, lebih kuranglah namanya.
Beria je muka padahal baru nak tunjuk demo je, hahaha
Memang permainan ni mendapat sambutan yang paling hangat dan hangit, tergelak-gelak sampai pecah perut! Idea nak main benda ni datang tiba-tiba je, time aku dok fikir-fikir malam raya nanti ape je aktiviti yang best selain tukar-tukar hadiah kan. So, teringat ada orang post dia main benda ni dengan anak beranak sampai nangis-nangis, so aku terus jela cari kat Lazada. Zassss, terus beli. Bila memikirkan keletah masing-masing bila main benda ni, terus rasa berbaloi, hehehe
Dan rally paling lama tahun ni jatuh kepada pasangan Kole dan Marcella, hampir 20 saat lebih dia main, semua jenis takmo kalah, hahaha
Tidak lupa jugak untuk menyambut besday boboi dan gegel yang lahir pada bulan 6 tahun ni. Haishhhh, lambatnye nak tunggu bulan 5, mau lagi 3 tahun agaknya.
Dah puas bergelak sakan, air kopi masing-masing bercawan-cawan, dah dapat hadiah masing-masing terus pergi ke pekan nak cari shawl untuk pagi raya. Disebabkan kampung kita ni kategori dalam bandar, langkah 10 tapak dah sampai kedai, bazar ramadhan. Untunglah sebab jalan time tu jem gile, orang berkoyan-koyan datang beli barang last minit. Aku pun sampai tereksiden terbeli langsir untuk rumah sewa sebab dapat diskaun habis-habisan daripada tokey besar Amni Decor, abang Raman. Langsir yang harga hampir RM200 dia kasi diskaun jadi RM60 je, mampu, hahaha. Terus amik langsir untuk sliding door sekali, rumah sewa pun nak jugak beraya.
Bila balik masing-masing dah cari port nak landing. Seperti kebiasaan para gadis akan tido depan tv, aku gadis yang paling kertu, hahaha so melekaplah kita di dinding tido beramai-ramai. Esok pagi dah nak bangun awal berebut bilik air pulak, so jomlah kita tido, sambung cerita pagi raya esok.
*Bilalah nak merasa dapat tido dalam bilik pulak, hahaha
Comments