Delhi -Taj Mahal
Sebelum aku bukak cerita pasal Taj Mahal, nak share if korang nak beli tiket train kat India ni, pegi ke IRCTC, booking, bayar online, lebih terjamin. If korang beli kat luar, takut kena scam, acchaa! Salah satu cara yang paling mudah korang pegi kat website confirm ticket. Dia link terus dengan IRCTC, lagi mudah.
Hari kedua adalah hari membakar diri di bawah sinaran panas matahari India. Seawal pukul 6 suku, kami semua dah gerak ke train station sebab train ke Agra Cantt pukul 7 pagi. Konfiden je kan bawak ahli rombongan sebab dah riki semalam. Platform paling depan sekali, sebab ikut kelas gerabak. Untuk ke Agra pagi ni aku booked Executive Class, siap ada sarapan, senang makan siap-siap. Ada untuk vegetarian, so nak selamat pilih menu macam tu. Mula-mula melilau jugak cari nama kat train tu, nasib baik jumpa.
Pastu, aku sempat jugak usha rate teksi kat area Agra supaya kita boleh estimate berapa kita nak kawtim harga dengan pemandu nanti. Nampak sikitla kita tau harga semasa kan, tak dapatla dia nak tekan kita yang mudah tertekan ni, hahaha
Belek punya belek, manalah gerabak kita orang ni...
Sekali dia tulis Arabla, patutla tak dapat baca....
Muka Ustaz ada sinyummm, sebab dapat naik gerabak yang selesa
Dari Delhi ke Agra dalam 2 jam, paling laju dan singkat train ni,sebab itu mahal sikit. Lagipun elok pegi awal-awal pagi, takdelah penat sangat. Pukul 9 kami dah sampai ke station Agra Cantt, keluar terus usha taxi atau auto untuk ke Taj Mahal.
Counter booking taxi, mula-mula nak amik auto je, murah sikit. Tiba-tiba ada orang offer full day taxi dalam 1000rupee tak silap. Boleh pegi mana kita nak, dia tunggu. So, itu lagi senang dan yang penting ada aircond, panas litlit!Tak perasan dah abang aku di celah-celah orang India ni, nampak seakan sama....hahaha
Dah sampai depan pagar nak masuk Taj Mahal, terus kena serbu dengan budak-budak jual key chain, payung, If nak jalan kaki masuk ke dalam dalam 1km jugak kena menapak, so adalah lebih baik kita simpan tenaga, naik buggy bayar sorang 20rupee. Tiket masuk Taj Mahal memang mahal gile, 1000rupee sorang, bersamaan RM60!Ayooo....orang tempatan kena 20rupee je, 60sen, gila beza, memang dia kutip duit betul daripada tourist gamaknya! Bila kita dah dapat tiket, boleh upah sorang guider, walaupun pada mulanya takmo pakai guide, tapi dia cakap bayar ikut gerak hati jela, so kita orang pun amiklah, buat peneman. Yang bagusnya bila ada guider, gambar korang akan cukup ahli, sebab dah ada tukang tangkap gambar, haha. Guider pulak asyik suruh berhenti tangkap gambar jela, habis semua orang dihalaunya bila gambar kita orang tak cantik. Dapat gambar pun port yang bagus-bagus, tu yang cantik je.
Entrance masuk ke Taj Mahal, belum masuk betul lagi, kira pintu pagar rumahla ni
Anak bujang CikKiah
Dari luar dah nampak sayup-sayup Shah Jehan tengah buat lambai ratu...
One of the 7 wonders in the world....salah-satunya ada kat depan mata....
Bila masuk area Taj Mahal ni, rasa kagumnya pada waktu mula-mula kita nampak dia, pastu takdelah seronok sangat. Yang seronok bila kita tengok muka hepi mak ayah kita dapat jugak jejak kaki kat sini. Tempat yang selalu dia tengok dalam tv, dalam cerita hindustan, mungkin tak pernah pasang angan-angan nak pegi sini, akhirnya, umur dah separuh abad, dapat jugak merasa anak-anak bawak. Bagi aku, itu jela part yang seronoknya.
Potret keluarga di Taj Mahal
cool gila gambar ni
Cerita pasal Taj Mahal ni panjang gila, keunikan dia letaknya pada marmar,batu-batu yang digunakan untuk bina Taj Mahal ni. If nak lagi feeling, datang time waktu bulan mengambang, time malam sebab marmar dia akan refleks cahaya bulan dan Taj Mahal akan nampak bercahaya seperti istana kayangan. Banyak fakta yang menarik pasal bangunan ni, tapi takdelah aku nak amik nota.
Dalam ni bukan ada orang duduk, Taj Mahal dibuat untuk dijadikan kubur isteri sultan tu, lambang cinta katanya. Dan tak pastilah benar ke tidak betul-betul ada kubur dalam ni or just monumen je, itu pun dia orang tak pasti. Gambar dalam kawasan istana tak boleh amik, tapi kang korang cakap aku sembang je, so amikla satu sebagai bukti I was here, hehehe
Sebelah istana, ada masjid Jamek, masjid terbesar di Delhi. Kebanyakan yang duduk sekitar kawasan Taj Mahal adalah muslim. Ingatkan nak buat solat 2 rakaatlah kat sini tapi bila masuk kawasan masjid berdebu, taik burung banyak, yang tak bestnya ada bau kencing, astagfirullah...sedihla kan. Kawasan orang Islam, tapi kebersihan menyedihkan. Dalam masjid tu memang takde apa pun, ingatkan ada karpet ke, sejadah ke, tempat yang proper untuk solat macam kat sini tapi takdelah jawabnya.. Part ni ada sedikit kecewa sikit sebab masjid pun kotor, how come?
Tak dapat solat, kita snap gambar
Mungkin akan datang kembali bersama mere Shah Jehan?
Ok, aku berjaya edit, hahaha
Nami dan budak sekolah berpisah tiada.... Mula-mula sikit je,pastu tiba-tib 3 kelas sekali datang, hahaha
sampai si Nami pun hilang,hihihi
Adalah 2 jam lebih kami pusing-pusing dalam tu, cenderahati banyak beli kat luar je, tak beli pun kat area sini, rasa macam mahal dan tak berbaloi. So, dah call pemandu taxi tu, dia siap-siap tunggu kat luar, mudah kan... Lepas ni, kita ke Agra Fort! Callo!
*Takmo pegi Taj Mahal lagi
Comments