Persepsi


You know what? I can feel that i'm totally changed. I mean in a good way, in a straight line that the way I should be. 

Seriously, before this I'm an introvert, live in my own circle that i felt better in it. Im so secured for what I have, what I'm doing and become too protective for wrong reasons. And after that, I realised that I should learn how to let go a couple things that maybe good for me(before) and learnt about 'lapang dada'.

Kadang-kadang, bila terjaga daripada tidur, terus terfikir, 

Apa yang aku dah buat hari ni?

Apa yang orang lain tengah buat?

Aku sia-siakan hidup ke?

Sampai bila nak lalui rutin yang sama?

Persoalan tu datang setiap kali aku bangkit tidur. Adakah petanda yang pada saat ini aku tak perlukan lagi tidur yang cukup, atau aku perlu keluar untuk cari benda yang lebih baik daripada tidur? Aku pun tak tahu.

Tipulah aku tak rasa sunyi, tapi aku tak suka perasaan tu buat aku lagi terperosok dalam gua. Aku cuba jadi anak yang baik, jadi adik, kakak yang baik, kawan yang baik, jiran yang baik dan orang yang baik. Meluaskan perhubungan dengan manusia juga buatkan aku lebih terbuka dan lebih friendly untuk perkenalkan diri. Jika selama ini kita hidup untuk manusia, sekarang aku hidup untuk diri sendiri. Penyelia aku ada bagi nasihat yang aku rasa sangat terkesan dan berbekas sampai sekarang. Dia cakap, "kita hidup atas persepsi. Yang membezakan kita semua adalah persepsi kita/ cara kita melihat sesuatu perkara. Dan sebab persepsi itulah yang menentukan syurga/neraka seseorang. Cara kau lihat awan tak sama dengan cara aku lihat awan. Lebih kurang seperti itulah. 

Hari-hari yang mendatang, aku tak harapkan yang extraordinary. Cukup sekadar kehadiran orang yang boleh buatkan aku bahagia, jadikan aku lebih baik dan ajar aku untuk lebih hidup. 


Tunjukkan aku satu bintang
Sebagai pedoman langkah kita~

*Sesekali berbahasa Inggeris buatkan aku nakpi oversea!

Comments

Popular Posts