food hunting - Perak Edition


Sebenarnya, sangat-sangat pack jadual sejak naik cuti raya tu. Dan beberapa kali plan nakpi Penang, terpaksa postpone sebab mesti clash dengan benda lain. So, setelah diwarning oleh ahli jemaah yang lain, siapa yang cancel trip kali ni kena belanja lunch kt KL tower, ko gile! hahaha Sebab kebarangkalian aku yang akan kena belanja dia orang, so aku nekad untuk pergi jugak trip nih! Fuhhh,selamat duit aku daripada dipaw!

So, nama pun short trip je, kita bermula dari KL-Ipoh-Penang-KL. Cik Ita bertindak sebagai ketua rombongan, Dayah kapten kereta, dan aku penghibur sepanjang perjalanan, comel kan job scope aku?

Gerak dari KL pukul 11pagi, sampai Ipoh dalam 2.30 petang macam tu. Dan apa yang paling membanggakan aku adalah, aku tak tido langsung sepanjang perjalanan! Unbelievable lah kata omputeh. mana taknye, asal aku diam je dia orang dah kejut-kejut, memang takde perasaan kasihan langsung! 

 IPOH!!!

Sampai-sampai je Ipoh dah masuk waktu lunch, so kami terus shoot ke tempat makanan paling hot kat Ipoh, nasi ganja. Ni ganja halal punye, sebab ada lesen, belacan tak dak lesen....hahaha


 Kedai lama, old town, macam kedai ape-apek,meja bulat,kerusi kayu, old style babeh! Tengok line beratur, memang tak rugi nak cuba dan tak sabar betul nak makan!


Nasi putih + telur masin + ayam merah + timun

Dah makan, dah rasa baru boleh sembang macam mana feel dia. Bagi aku, biasa-biasa jela, ayam tu kot special sikit. Tapi, tak salah nak try local food. Yang penting perut kenyang!

Lepas makan, terus check in kt Aestana Hotel, Rm90 je semalam. Jadilah nak luruskan badan bertiga. Solat, regangkan badan, terus kami shoot ke Kellie's Castle. Dari bandar Ipoh ke castle lebih kurang 40 minit sebab hujan. Sesungguhnya, aku tak pernah terlintas pun nakpi sini, tapi bila dah sampai, rasa macam pegi negara lain. Sejarah dia yang buatkan ko rasa macam Oh my.....Serius cantik, dan tak boleh nak bayangkan macam mana orang dulu duduk kat istana tu.


Semua level aku redah, sampai atas bumbung pun kita panjat. Bilik bawah tanah je tak berani nak masuk, takut hantu-hantu kat sana tak berapa takut dengan aku, malaslah nak kacau....huhuhu
Tapi seriously, orang kalo pi Perak, singgah-singgahlah ke sini, memang nice. Operation hour till 6.00pm, okla tu.

Lepas dah berkodak-kodak abis tangkap gambar, kami semua pulang ke hotel, mandi, rehat, solat. Malam tu cadang nak try makan kat Plan B, setelah direkomenkan oleh kawan-kawan yang duduk sini.


Malam-malam try western pulak. Oglio + Long black sambil terpekik-pekik tengok Chong Wei lawan Lin Dan time tuh!

With this girls, innohubbers, gossip girl. Sorang budak psychology, sorang budak biotech, aku je yang artis...hahaha

Plan B ni macam hipster cafe la, lampu malap-malap, nak lepak sesekali tu bolehlah, dan makanan pun agak mahal. Sesetelah kenyang untuk kesekian kalinya, ahli rombongan terus balik hotel dan tido.

Esok paginya, kami memang dah plan nak try telur goyang Medan Selera Dato Sagor. Orang cakap memang port paling nallek sekali kalo nak breakfast kat Ipoh. Sampai sana pukul 9 pagi, orang dah mula ramai. Aku usha jela meja-meja orang tengah makan, most of them mesti ada telur goyang, sampai goyang jugakla iman aku,hahaha. Rugilah kalo dah sampai tak try, dak? Nak datang sini senang je, medan selera ni berdepan dengan masjid Ipoh.


Medan selera


Masjid

 Rupa telur goyang sebelum dia bergoyang dalam perut,haha


Bila semua ahli jemaah dah sendawa tiga kali tanda kenyang, kami teruskan saja perjalanan ke Penang, sebelum tu singgah sebentar kat Tasik Cermin. Tasik ni agak popular sebab dia terletak kat tengah-tengah orang letupkan bukit, agak nervous jugaklah nak masuk sini. Kena lalu kuil, lalu jambatan sikit, turun kereta tanya Bangla yang tengah punggah batu, barulah sampai ke tempat yang dituju.



Tempat parking kete, kat luar gua, jalan kaki sikit untuk sampai ke tasik.

Jalan,

Jalan lagi,

Jalan lagi sikit....


tada......

Macam masuk kat dunia lain, seperti di sorgaaaa..

Ya Allah, cantik dia memang superb, wonderful, amazing! 
Aku kalo kagum memang terus speaking omputeh, haha






Cahaya matahari yang spectacular macam tu, memang cantik sangat...Aku takde pakai 360, filter bagai, memang 100% rupanya macam ni. Kalo muka aku, memang kena filter banyak,hahaha... Puas hati betul dapat sampai sini, alhamdulillah....Nasib baik pulak, orang tak ramai, yeah!

Dah habiskan bateri sebab tangkap gambar, kami pun terus pi Penang. Tapi aku rasa macam malas nak cerita habis. Part Penang kita buat entry lain jela kan. Aku pun dah naik stress cerita tak habis-habis lagi, hahaha.

Ok, adios babeh!


* Entry ni je amik 3 hari nak siapkan, malas tahap babun!



Comments

Popular Posts