Food Hunting- Penang Edition


Ok, mohle kita sambung cerita yang dah masam nih. Nak menghabiskan jugak walaupun malas,haha.

Lepas dah berbasah ketiak tangkap gambar kat Tasik Cermin, dalam pukul 11 pagi kami terus gerak ke Penang. Tujuan utama nak ke Penang adalah nak makan nasik kandaq! Sanggup betul meredah 400km semata-mata nak pekena nasi kandar line clear. Tapi, takdelah kami terus ke makan, disebabkan masih kenyang lagi, terus pegi cari port street art. Dekat dengan Masjid Kapitan.


Sesampai je kat sana, hujan renyai-renyai namun tak kan dapat membantutkan hasrat kami untuk berposing sakan, melekat-lekat kat dinding tu,hahaha. Setelah menumpang buang air kat hotel bajet, terus mencari-cari dinding-dinding yang dah diconteng secara sah. memang banyak, tak tercover semua art. Aku snap mana yang lalu je. Pastu agak panas, orang pun dok menunggu turn nak amik gambar jugak.

Minnionsss!

Minnion lagi, memang jodoh!

"Bawak ceq elok-elok na..."

Sekali dia merempit sambil bersila atas motor!


Sesuai sangat dengan mood merdeka


Nampak sweet di situ.

Agak-agak member rombongan dah bad mood sebab panaih, terus kita terus ke plan yang seterusnya. Aircond dalam kete jugak yang best, hehe. Nak makan kenyang lagi, so kita decided nakpi melawat umah P.Ramlee jap. Singgah solat, untung-untung dapat kopi ke kan petang-petang nih...haha. Walaupun ahli rombongan kata macam sejarah sangat nakpi umah P. Ramlee tapi lantak pi lah depa, ceq nakpi jugak!

Misi terlaksana walaupun takde apa-apa pun sangat...Just gambar-gamabr lama P. Ramlee.

Dah settle solat semua, tapi tuan rumah tak pelawa pun minum kopi, tak sopan betul! So, kami decided terus pi makan nasi kandaq dan terus shoot balik keyel.  Oh yeah!

Dah tiga kali ceq pangkah sini!

Tertunai dah hajat/ mengidam mengalahkan bunting!

Makan memang penuh penghayatan, tak tinggalkan sisa walaupun sedikit. Dah sendawa, sedih pulak nak balik kan. Ingat ceq nak cari jodoh di sini je, boleh makan nasik kandaq hari-hari. Tapi apakan daya jodoh ceq kat keyel, mamak molana tu...haha Tapi sebelum balik singgah beli cenderahati sikit untuk orang-orang kampung.

Takkan nak beli key chain lak kan, may kena rejam bertalu-talu. hahaha. So, belilah jeruk Pak Ali ni. Yang penting kedai ada aircond,sedap sikit nak shopping. 

Ngam pukul 4.30 petang, kami pun bergerak pulang ke pangkuan jalan dan selamat sampai dalam pukul 8.30 malam gitu. 

Begitulah perjalanan kami ke Penang. Sungguh seronok kerana dapat melihat keindahan alam di samping dapat melawat tempat-tempat menarik di sekitar Penang dan Perak. Saya berazam akan datang kembali ke Penang untuk berjumpa dan bersatu dengan kekasih idaman perut saya, iaitu En. Nasi Kandar yang hensem dan lazat. 

Sekian, terima kasih.

*Mamu hensem ada tak yang available...hikhik

Comments

Popular Posts