Vietnam

Okeh, ini memang trip yang paling simple aku penah buat! Hasil daripada borak-borak kat telefon dengan Arn, tetiba dia cakap, "Cha, jom pegi Vietnam beli beg." Aku memang tak pernah kata tak, terus je check tiket dan boom, beli! Itulah alkisahnya. Jangan borak lama sangat dengan Arn, memang ntah apa-apa yang kita orang buat nanti, haha

Sebenarnya agak sibuk jugak sebelum pegi, booked tiket pun Rabu, nak pegi Jumaat, nasibla ada Booking.com, hehe. Then, tukar duit pun Khamis malam, bayangkan betapa tak preparenye aku. Nasibla pegi semalam je, baju pun bawak selai dua, memang plan nak beli kat sana je nanti. Pegi Vietnam pakai duit malaysia pun boleh, even debit card pun boleh cucuk kat sana, punyalah senang nak habiskan duit, hahaha. Tapi, part taxi, hotel, makan memang pakai duit sanalah.

Naik AirAsia, dalam 2 jam dah sampai, pegi Jumaat memang takdelah sesak sangat. Sampai-sampai tak boleh nak check in lagi, tapi boleh tumpang letak beg, startlah jalan-jalan kat kawasan Ho Chi Minh. Apa yang aku boleh describe pasal bandar tu, semacam satu tempat yang tak pernah mati, 24hours sentiasa ada orang. Jalan raya memang crowded gile! Part melintas jalan, ko rasa macam ko tengah bunuh diri, serius! Aku hampir-hampir kena langgar dengan aunty mana celah datang tetiba hampir nak langgar aku. Boleh pulak dia stop pastu petpot petpot dok marah aku. Aku ejek balik aunty tu dan terus lari bedezup!haha

The centre of Ho Chi Minh City

Jangan terkejut yang menara TM pun ada kat sini, hehe


Makanan local kat sini, Pho (macam meehun rebus) popiah udang(sedap,fresh,mabeles) dan kopi ais yang paling meletup!

Benda yang kena but bila travel, try local food, yang halal lah, jangan main telan je.

Orang Melayu memang ramai yang pegi sini, borong menggila tudung, kain. Tudung neelofa jual lambak je sini. Dan nasib baiklah aku tak pandai pakai, huhu. Pasar Benh Thanh yang femes tu pun kita orang masuk sekali je. Not so us lah...haha. Seriau kena tarik tangan dipaksa beli. Makcik-makcik aku rasa sukalah masuk pasar ni sebab macam-macam ada. Aku ngan Arn dah aim benda lain.




Kalo nak murah lagi, korang datang pasar malam dia, tiap-tiap malam ada rasanya. Boleh tapau dengan tokey kedai sekali harga! Semua pandai cakap melayu, tapi part nego tu korang siap-siap convert sendiri pakai apps yang ada sebab if dia orang yang convertkan, memang mahal. 

Overall, okla pi Ho Chi Minh if orang such shopping, dipersilakan pegi. Aku memang spesis makhluk tak tahan panas, agak mencabar jugakla jalan-jalan time panas kedengkang!

muka Arn pecah sikit sebab baru baik demam campak. Dah tua nak monopos baru kena demam campak, hahaha

Thanks macha for this shoes. Jom pangkah peta lagi!

Sekian, untuk edisi Ho Chi Minh yang tak berapa nak panjang dan mengujakan. Korang carilah keterujaan sendiri....hohoho

*Currency makin tenat T_T

Comments

Popular Posts