365 0f 365

Fhewww....

Biar papaya kita dah betul-betul kat hujung tahun? Ini bukan dah hujung, memang corner lot dah, lagi 16,17 jam dah masuk 2016. Fuuuuhhhh~

Apa yang terkesannya 2015 dan apa yang bestnya 2016?

Aku tak suka flashback, malas nak tengok belakang, throwback, looking back, segala jenis back! Tapi, sebagai konklusi hidup sepanjang tahun 2015, aku boleh katakan, yah 2015 adalah tahun permulaan dan pengakhiran. Tahun yang aku banyak mencabar diri, menyerlahkan potensi diri yang selama ni aku pun tak tahu yang aku ada. 

Tahun 2015 jugak aku amik keputusan untuk sambung lagi belajar setelah rehatkan minda dan trauma dalam setahun setengah. Trauma dol part writing, tunggu turn viva, correction, ergghhh! Hampir-hampir aku merajuk, dah takmo lagi mengaji, hihihi. Tapi, alhamdulillah rezeki nak sambung belajar tu ada lagi.

Tahun 2015 dari segi kerja, mungkin yang terbaik pernah aku lalui. Dikelilingi oleh kawan-kawan
yang datang daripada pelbagai background study, buatkan otak ortodoks aku berkembang. Invironment kerja yang sangat positif, kawan-kawan sentiasa support each other, kalo aku ada sesi presentation esok, hari ni dia orang dah suruh aku practice depan dia orang, komen, bagi semangat. Kalo aku text mintak tolong check proposal tengah malam, takde hal kawan-kawan ni bagi feedback direct, seriously aku tak pernah merasai kerja yang macam family, TEAM WORK even masing-masing lain teknologi, lain projek.

Tahun 2015, tahun berjalan-jalan dengan family. Selalu trip keje je, dan aku suka jenjalan! Bulan 3 jenjalan Bandung dengan family, bulan 6 pegi Bangkok pasal keje, then bulan 10 pi Miri sebab keje jugak dan last trip pegi tunaikan umrah awal bulan 12 hari tu. Alhamdulillah, syukur Allah bagi rezeki sihat, kewangan, untuk dapat tengok dunia lain. Seronok sebenarnya dapat spent time dengan family, jalan-jalan, makan-makan, gelak-gelak. Dan disebabkan Along, aku dan Nami masih anak bujang kesayangan cik kiah (sendiri declare!) memang lagi gamatlah trip tersebut! Insyaallah, kalau ada rezeki lagi, pasni trip keje pun aku angkut jugak cik kiah ikut sekali. If dapat rezeki memang nak bawak mak pegi tempat mana yang dia teringin nak pi. Tengok drama Korea, nakpi Korea, tengok cite hindustan nakpi India...Haishhh....hahaha

Tahun 2015, masih tak pandai bermain cinta, errkkk, haha! Serius, aku bab ni memang failed. Tak pastilah sebab Cik Suboh tak habis turunkan ilmu, Cik Kiah tak hafal ayat pemanis ke, tu yang sampai sekarang dok terkulat-kulat sorang-sorang...huhuhu. 
Adalah jugak kenal-kenal, tapi takat tu jela. Yang admire selalunya tak laki orang or tunang orang! Huh, hehehe... Tapi, aku rasa part jodoh ni insyaallah ada. Yang penting kita happy dengan diri kita, hidup kita, insyaallah benda yang baik-baik akan datang, macam jodoh. 

Uiitt, panjangnye aku tulis! If ikutkan mood sekarang memang boleh buat buku! Jadi, kesimpulannya, buku cerita aku mungkin takkan pernah sama dengan buku orang lain. Kita tak boelh nak harapkan buku kita sama dengan orang lain sebab setiap orang jalan cerita berbeza-beza. Kita selalu nampak yang indah-indah, bahagia dekat buku cerita orang lain, tapi terkadang kita lupa yang kita pun sebenarnya bahagia, tapi kita yang tak perasan. 

Kepada 2016, aku tak mintak banyak. Sekadar yang bercukupan untuk hidup, sihat, murah rezeki sentiasa happy dengan diri sendiri, hidup sendiri dan Allah rahmati setiap apa yang kita lakukan. Aku jangkakan 2016 sangat bergemerlapan, tahun yang kuat, tough, bunga-bunga cinta, sukses dan seret beg pegi tengok dunia lagi! Amin.


*Shine bright like a diamond!

Comments

Popular Posts