Melaka Zoo Night Safari


Bila Ustaz Nami balik, mesti ada je aktiviti yang dia nak buat. Ingat kita ni budak-budak sekolah nak ajak pegi zoo? haha....Kalo dah namanya cikgu, aktiviti keluarga pun dah macam lebih kurang aktiviti sekolah, nak pergi muziumlah, nak pergi zoo lah, haishhhh. Disebabkan takmo kena jelingan maut, kena jugaklah ikut.....

Dan disebabkan besday dak Juan yang ke 16 (mudanya lah ai...) bawaklah dia pegi zoo, supaya dia lebih berperangai seperti manusia,kehkeh. Itu pun salah satu bentuk pengajaran, nak bagi susu untuk hubungkan sel-sel otak dah terlalu lambat, hahaha. 

Disebabkan nama pun nak pegi Night Safari, kita singgah jap kat Mydin Melaka, makan-makan, solat-solat. 

muka ahli rombongan

Muka besday boy. Dak bang kot iye pun.....

Yang terlebih excited



Ini je haiwan yang aku nampak, hahaha

Ini je gambar yang ada dalam phone aku. Night Safari bukak pukul 8pm, tiket dalam RM17, kanak-kanak dan warga emas RM7. Dah masuk dalam tu, kita akan naik tram, pusing sampai kat sangkar harimau. Pastu jalan kaki tengok rimau, singa dalam jarak dekat. Takdelah dekat sangat, rimau pun rimas tengok orang ramai-ramai. Siang ade orang, malam ade orang, "Why bother?" Rimau tanya aku...hahaha Pas dah tengok rimau, jalan-jalan sikit turun ke bawah ada pertunjukan haiwan-haiwan. Adalah orang pegang ular, burung, flamingo. 


Kalau nak tau macam mana aktifnya haiwan-haiwan ni waktu malam, silalah pegi tengok. Waktu siang selalu dia orang tido je kan, lain sikit feel if pegi zoo waktu malam. Yang penting, Nami tak jeling aku, hahaha

*Jangan ajak aku pegi zoo setahun!

Comments

Popular Posts