Family Activities


Sempena cuti raya korban yang tak berapa nak panjang hari tu, sempat jugak family An Goma beriadah dan luangkan masa untuk lebih messssraaaa ^_^ Last minit punye plan, akhirnya kami semua decide main boling je kat MITC. Makcik yang dah plan nak balik Pahang terus tak jadi sebab takmo miss lempar bola boling ramai-ramai, hehe. Dan buat julung-julung kalinya PakNgah dapat join disebabkan beliau dapat cuti panjang dan menjadi bujang partime, haha

Pergi kereta asing-asing, aku gerak lambat sikit, takde benda yang nak dikejar kat Melaka tu, mak, along, Nami dan Ila dah gerak awal, nak pegi pura-pura shopping katanya, hahaha..Disebabkan time nak pegi, si baby buat hal, takmo start, so terpaksalah suruh ayah yang drive bawak kete dak bang disebabkan skill drift aku menumpul nak bawak kete manual. Biasalah warga emas bawak kete, jalan pun tak berapa nak hafal. Aku ni dah comfirmlah dah kategori Melaka murtad, tak berapa nak hafal jalan bandar, negeri maju sangat, asyik tukar jalan jela...hihi

tunggu yang lain sampai kita ngetehla kat Mydin. Hasil tangan Cik Suboh, hurmmmm....


meja kanak-kanak rebina, tak best!haha

Meja Remaja Purba, haha

Meja Mak-mak, Induk je yang takde, sayang sungguh!

Dah makan-makan kasi topup tenaga dan dah cabut undi untuk bahagi-bahagikan kumpulan, terus kami semua berdezup pegi MITC. For the first time ever, kami start bersosial pukul 10.30 malam! Ni kalo pegi ngan kawan-kawan, memang siaplah balik kena bebel, pelangkung sedas dua sebab jadi hantu balik lambat. Tapi disebabkan mak-mak, NENEK pun join sekali, aktiviti bersosial lewat malam diisytiharkan sah dan mendapat pelepasan, hahaha.

Amik gambar sebelum membaling


Raja boling (sebelum) hihi...

Sapelah yang amik gambar ni? Semua gambar hancor! 

Nampak seperti Nami hampa sebab tangan magisnya tak berapa nak menjadi kali ni. Banyak ke longkang! Dengar cerita tak masuk dalam senarai top 5 pun, hahaha

Nasiblah 2 game je main, kale 3 game, mau subuh baru sampai rumah! Walaupun last plan punye aktiviti, yang penting kita sekeluarga dapat berkumpul sama-sama, gelak-gelak, kongsi rezeki, ukhuwah tu yang penting. Semoga semua ahli An Goma sihat sentiasa, sukses dalam pekerjaan masing-masing dan jangan lupa bayar duit family setiap bulan, hahahahaha, termasuk penulis!

*Mesti induk kotap-kotap bibir baco! kikiki

Comments

Popular Posts