Arafah


Alhamdulillah, bila dah tua-tua ni baru ada kesedaran, pemahaman dan nak jugak rebut pahala sempena orang-orang haji berwukuf di Arafah hari ini. Puasa Arafah tahun ni jatuh pada 9 Dzulhijjah, sehari sebelum kita hepi-hepi beraya sambil makan daging korban. 

Antara kelebihan berpuasa pada hari ni, 

-Allah SWT ampunkan dosa selama 2 tahun, iaitu tahun sebelum dan tahun yang akan datang.       (amin...)

- Allah SWT menjaganya daripada melakukan dosa selama dua tahun.

-Terselamat daripada api neraka.

Bagi yang tak dapat berpuasa, digalakkan banyakkan berselawat, bersedekah, solat sunat, zikir dan melakukan amalan-amalan yang lain. Moga kita sama-sama berusaha mendapatkan keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT dan moga Allah berkahi, terima setiap amalan kita. 

Moga Allah izinkan kita semua menjadi tetamuNya satu hari nanti, amin

Kejap lagi nak balik kampung, masak-masak rendang. Hurmmm, mak mesti buat sup tulang, yummeh!!!

*Sape nak sedekah boleh roger aku, boleh dikategorikan sebagai fisabilillah sebab aku masih mengaji =p

Comments

Popular Posts