Kalo dah jodoh...


Tolong jangan sempitkan istilah jodoh tu ye. Asal jodoh je mesti terus terfikir laki pompuan. Jodoh ni dengan sape-sape pun boleh, dengan pak guard ke, tak jumpa dekat pintu masuk taman, kita terjumpa dekat pasar malam, itu pun jodoh. hihihi.... Kenapalah aku suka bagi perumpamaan pak guard?

Berbalik kepada jodoh ni, sebenarnya best-best-best friend aku dah nak jadi geng setaman dengan aku dalam beberapa jam lagi! Aku ni manalah banyak kawan, aku ni tak friendly, tak kelakar, tak caring, tak best, so kawan bekerat-kerat jela....T_T

Si Ida aka Nenek Kebayan aku panggil dia sebab once dia membebel, automatic dia akan baca mentera panjang berjela! Aku rasa banyak je kot post aku yang dolu-dolu pasal Ida, dah kawin dengan senior aku jugak, atas pertolongan aku jugak dalam fasa bina masjid dia orang nih. Kiranya akulah yang letak batu asas time dia orang mula-mula menggatal sama lain, hahaha. Tup tup dah nak dua tahun dah dia orang kawin and dah ada sorang anak, aku panggil nenek kebayan junior, haha

Best sebenarnya bila husband best friend kita adalah member kita jugak. Takde hal laki dia nak mengadu, mintak tolong, mintak nasihat kat aku, rasa terharu pun ada. Tapi kita sendiri kenalah letak border, hal laki bini sendiri settle kan...hihi. Tapi aku tolong mana yang boleh sebab Ida tu dah macam adik sendiri, tak betul aku maki je dia....

"Why bother, why bother??!!"

Seronokla dah ada orang yang kita kenal duduk setaman, bolehlah pegi ngeteh, shopping, gosip-gosip  sama-sama tapi kenalah bawak si Nenek Kebayan Jr. tu sekali. Harapan nak merempit seperti dahulu tak mungkin berulang lagi =p

gambar dulu kala
Ahhh,rindu lak

Naik gunung sama-sama

Ala, gambar si kecik takde, kira dia dah join the club la kan, kenalah kasi interframe dalam blog ni. Semoga perpindahan si Ida ni dapat memberi 1001 rahmat kepada keluarga kecil dia orang. Hepi-hepi jaga suami, anak, akak...hehehe. Pasni kalo lapar bolehla singgah umah Ida, dah kenyang balik, tido! Pehhh, bapak best!

Salam, chaos!

*Aku macam syak aku kena jaga si nenek kebayan Jr. tu time weekend (*_T)

Comments

Popular Posts