I am back!


Fuuhhhh, entah hidayah mana yang telah turun hari ni sampai aku tergerak jari nak jengah blog au yang dah berjerawat batu ni! Mungkin, nak menulis pun timing kena cantekk kot, macam hari nilah kan, 17 Ramadhan, Al-Quran diturunkan...tak gitu? hihuhu

Ok, sebenarnya banyak sangat yang berlaku semenjak kehilangan aku dalam beberapa purnama yang lalu, ceh! Ujian, dugaan, rezeki, semua aku dah redah dan redho. Itu penting, kalo tak sampai sekarang #takmoveon, hahaha

Aku rasa tahun ni yang aku keluarkan sikit-sikit potensi diri yang selama ni aku pun tak tau aku ada. Ikutkan sempoi aku, hidup nak yang biasa-biasa je, cukup makan, masuk keje kul 8am, balik pukul 5pm, redah jem, makan bungkus, tengok tivi, minum kopi, tido. Itulah impian hidup aku sebenarnya, tak kecik, tak besar, sederhana. Tapi, sejak dah dipaksa masuk Innohub, aku terpaksa take over semua posisi bos aku, dari menaip untuk investor, sampai ke tahap present depan-depan CEO, director-director besar, semua aku yang kena ke depan. Dari bidang bahasa, sampai ke bidang business management, accounting, public speaking, connecting semua aku yang berpeluh kena ready, bos sekarang bukanlah seperti bos yang dulu. Dia dah lepaskan aku mengharungi lautan tanpa tali lagi....huhuhuhu, tu perumpamaan ok! Ok, tutup bab keje, bosan!

Aku pun baru je kehilangan laptop game kesayangan aku, bukan laptop aku sebenarnya, laptop research. Tapi, aku dah angkut kehulu kehilir hampir 4 tahun, laptop tu berat bukan main, mau 3 kilo lebih tau!Harga pun 6k+++ time beli dulu. Nak dijadikan cerita, laptop tu hilang lagi 5 hari aku nak pegi Bangkok tuk jumpa potential customer and distrubator! Boleh bayangkan semua benda hilang, laptop sebijik, external hardisc aku 2 bijik, Armageddon mouse sebijik, pendrive, voucher AEON RM110 pun dalam beg tu, hilang. Perasaan aku time tu macam ditelanjangbulatkan oleh orang, takde apa-apa yang tinggal. Pehh, tu memang drastik betul. Aku selama ni dah hilang phone 2,3 kali, boleh lagi tido, tapi kali ni punya hilang, tido pun tak boleh, asal bangun menangis macam orang sasau. Sedih time tu bila dikenang-kenang balik, takde sape pulak nak mengadu, pegi buat report polis pun sorang je, menangis pun sorang-sorang, mengadu kat kekasih hatilah kat atas langit sana, semua yang kita ada Dia yang punya. Alhamdulillah, bagitau bos, dia ok, turut menangis sekali dengan aku sebab time tu masing-masing tengah diuji, huhuhu. Aku pasrah jela, hidup kena teruskan. Berbekalkan laptop abang aku yang nak tunggu loading pun boleh habis nasi lemak sepinggan, aku pun pelan-pelan buat keje dan trip ke Bangkok pun success. 

Settle bab ujian, sekarang ni aku pun dah abis sem 1 peringkat phd. Kadang-kadang aku sampai terlupa yang aku ni belajar! Nasib baiklah dapat score kelas Dr.Mat, progress study setakat ni kira so so la, tapi aku dah tau apa aku nak buat, kena buat. Aku tak mau lagi main-main macam master dulu. Nak graduate on time (GOT). Aku dah lantik jawatankuasa penyelia, dah pilih tajuk, bidang, dah present tajuk time kelas Dr. Mat, dia cakap ok, jelas. So, aku ingat nak duduk satu kelas lagi untuk sem depan, kelas Prof. Rahinah sebab kelas dia buatkan aku tak sabar nak graduate! 

Lupakan pasal belajar, sekarang pasal hati. Alhamdulillah, dalam 3 bulan ni aku banyak spent masa untuk diri sendiri, belajar sayang diri sendiri, belajar untuk kenal diri sendiri. Walaupun terkadang kita tak boleh, tapi jika niat betul, untuk kebaikan isyaallah Allah permudahkan. Bila kita dah tak attach dengan manusia, automatic kita akan attach dengan Pencipta. Aku jenis tahap redha, husnuzon dengan Allah tinggi, so kita harung jela. Dia akan bagi time kita dah bersedia, simple. Selagi hati kita attach dengan manusia, selagi tu tak tenang. Manusia akan ada time kita ada semua, bila dah tak ada dia tinggalkan, even perhatian. 

Amboi, dah nak 3 muka surat aku menaip! Aku ni perahsia tau, hahaha! Untungla dapat tahu apa yang aku buat sekarang, ceh! Budget artis! Ramadhan dah nak penghujung, moga-moga amalan kita semua diterima, dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan yang berikutnya. Actually, aku lahir ikut kalendar Islam 19 Ramadhan 1406 Hijah. Boleh wish Happy birthday in advance to Me~~~

* Salam, chaos!

Comments

Popular Posts