Bandung Trip

Time aku tengah rajin mengupdate, aku share sikit trip dengan family bulan 3 hari tu kat Bandung. Trip ni lebih nak lepaskan hajat ayah aku nak pegi Indon. Mula-mula dia orang ajak nak pegi Bali, aku memang takmo lah kan, dah 2 kali pegi Bali! Lagipun untuk orang-orang tua tak sesuai sangat nak pegi Bali sebab banyak kuil daripada benda lain. So, kita ke Bandung!

Trip ni aku yang kena uruskan since aku je yang banyak berjalan, hahaha! Booking ticket, hotel, supir semuanya terletak di bahu jemala patik. Setelah settle semua, kami pun berangkatlah 14 Mac yang lepas. Aku pilih naik KLM flight sebab pengaruh time pegi Europe dulu terbawak-bawak sampai sekarang. Lagipun bawak orang tua kan, semua siap, makan, luggage, tisu panas nak lap ketiak, semua perfect. if naik tambang murah, kesian kat mak aku nak limitkan baju ape nak bawak, orang tua, if tak bawak dia rasa unsecure. Itu je reasonnya....

Seramai 8 orang ahli jemaah yang pergi, termasuk nenek. Flight landing kat Jakarta, so nak ke Bandung dalam 3 jam, kematu pungkoq ang! Aku booked apartment je, senang boleh masak-masak. Sepanjang kat sana memang kami dok makan rumah je, sarapan, bawak bekal pegi jalan-jalan, malam balik masak lagi. Jimat pun jimat, best pun best sebab makanan kat sana agak mahal. Tak ayam, ikan. Itu jela makanannya.

Dapur open air, takde kipas langsung kat sini sebab cuaca dia ala-ala Cameron gitu. Sinilah port kita orang anak beranak, ngeteh jela kan...=)

Dah pegi Bandung, wajibul wajibla kan pegi tengok kawah gunung berapi dia. Ada dua kawah, satu Kawah Putih, satu lagi Tangkuban Perahu. Kami pergi yang Kawah Putih je sebab nak ke satu lagi kawah agak jauh dan bayaran masuk dia agak mahal time tu sebab dia baru bukak balik lepas ada tanda-tanda kawah tu aktif. Nak ke Kawah Putih pun bercinta rasanya, jalan pun jauh, nenek aku mabuk-mabuk naik ke atas tuh!

Sebelum nak naik Kawah Putih, kena ikut turn
Fewiiitt!


Ahli jemaah rombongan

Kawah Putih

posing Shin Chan wajib ada

puas hati dapat jalan-jalan dengan mak ayah, adik abang, kakak, jiran =p

nenek tak turun pun tengok kawah, mencangut katanya. Bau belerang kuat kot, boleh keneneng!

Hari seterusnya, shopping, shopping dan shopping!

Tempat wajib macam Toko 3, tempat jual-jual kain telekung memang pergilah. Mak, nenek, kak Sally borong telekung macam nak bukak bisnes! Aku aim benda lain, telekung dua je aku beli.


Memang aku balas dendam betul cari kain nak buat baju kurung!


Aku bukan penggemar kek, tapi serius cakap, kek kukus Kartika Sari memang superb!

Sebelum balik, bawak pegi makan ala Padang, nampak tak Cik Kiah macam pelik? hihi

Tamatlah sudah rumusan trip ke Bandung. Puas hati first time jalan-jalan oversea (katanya) dengan family. Selama ni jalan dengan bos, dengan kawan-kawan, feeling dia tak sama bila kita jalan dengan family. Insyaallah jika diberi kelapangan, rezeki, hujung tahun ni ada satu lagi trip. Moga Allah murahkan rezeki, mudahkan perjalanan kami semua ke sana, amin.

Salam, chaos!

*Tips untuk pegi ke Bandung? Hurm, ingat diri jelah bila shopping, hahaha





Comments

Popular Posts