Autumn in Italy (part 1)


Alhamdulillah, akhirnya bolehlah aku open table kasi cerita trip impian yang aku maksud-maksudkan sejak awal tahun. Memang agak payah, macam-macam prosedur kena lalui, karenah birokrasi tapi kalau dah rezeki, insyaallah dapat pergi.

Flight MAS berlepas dalam pukul 12.00 tengah malam dan aku memerap macam polar bear selama 13 JAM! Memang pecah rekod sebab paling jauh pun sebelum ni setakat pegi Kota Kinabalu je, itupun 2 jam rasa nak picit loceng nak turun.

With Anees, partner jenjalan nanti, memang daebak!

Dan....setelah 13 jam meredah awan kumulunimbus, selamat jugak mendarat dan melihat matahari dari sisi Amsterdam. Perasaan masa tu, asyik mengucap syukur tak henti. Serius, terharu! Dem, ni pegi India ke Europe, jangan drama sangat!

Nak jugak amik gambar kat cawan n teko,identity Holland katanya...

Disebabkan transit ke Venice lebih kurang 8 jam, adalah sangat membazir masa untuk duduk-duduk saja kat dalam airport. So, aku ngan Anees decided nak keluar makan angin round-round Amsterdam. Amik map, tanya kat info center, beli tiket train kat level bawah, amik train kat level lagi bawah dan shoot terus pergi.


Keharuan dah bermula, kita orang salah train dan terpaksa tukar naik train lain. Agak menakutkan jugak tengok orang-orang Holland ni tapi buat-buat relax sudah.

Train dia simple je, memang lagi lawa LRT, tapi panctual lagi hensem train ni dari LRT, haha.Dalam kurang 20 minit, sampailah tempat yang orang panggil Amsterdam....


Nak jugak gambar lompat even dah macam semah!Gua hepi, lu pehal? hahaha

 Semua gambar memang tak pakai 360 punya camera, memang muka kita orang bersih dan suci sebab musafir...haha

 Cuaca, nice gila!10 degrees bhaiya...Mana nak dapat kat Mesia, haha. Aircond pun paling rendah 16 degrees!Memang nampak panas, matahari cantik gila tapi angin dia, pehhh memang berair hidung! Masa tu dah maki diri kenapalah tak bawak mafla. Anees macam relax je kan sebab de da pakai longjohn kat dalam.
Dah sekodak habis kat sini je, kita orang pun tanyala orang-orang kat situ kat mana I Amsterdam tu. Sedih pulak dia cakap dah takde, majlis pembandaran (sesuka hati aku je) dah alihkan. Kita orang beli jela tiket train pusing-pusing Amsterdam E2.80. Pergi jela kat tempat tu amik-amik gambar...




 Gambar ala-ala syok sendiri ni sebab tak dapat tengok I Amsterdam, so shoot jela mana yang fefeeling cantik. Jalan-jalan depan sikit, akhirnya tetiba majlis perbandaran Amsterdam dah letak balik huruf-huruf tu sebab nak jaga hati kita orang, hahaha. Macam jakun semua amik gambar!

Stail Action Kame Shin Chan

Tangan masuk poket bukan stail tetap, tangan da biru sebab sejukkk!

Anees nak jugak gambar dengan A even monyet kat atas tu tak berapa sopan nampaknya.

Nasib baik, dapat jugak full version sebab tak ramai manusia.

Dan, sekodak lagi habis, orang pun dah ramai sampai abjad pun tak nampak, kita orang blah la dari situ. Jalan-jalan sikit sebelum balik airport. Pegi pasar siang dia, gerai-gerai tepi jalan.







Ok, habis part Amsterdam. Nak sambung part Venice memang makan space. So sila tunggu masa aku ada senang, aku kasi post sama itu cerita. Jangan maki aku sebab banyak gambar, dah namanya bercuti, takkan aku jalan-jalan kosong je. Amsterdam, nice place to visit and i wish that i can come again only for Holland, weeee (^_^)

-teringat-ingat angin sejuk smash hidung sampai selsema =p

Comments

Popular Posts