gaban


Hari ini adalah hari yang aku rasa paling bosan tahap gaban sepanjang setahun! Pergghh, memang gaban betul bosannya!
Actually ikut perkiraan bulan aku nak balik bermesra-mesra dengan mak ayah di kampung, tapi disebabkan tak berapa jam je lagi nak anta tesis, aku terpaksa jugalah bertahan sorang-sorang kat umah ni. Nasib jugakla ada TV, kalo tak memang mati kutu! Tapi sangat sakit hati bila tengok Along update :

ayam masak lomak cili api! argggghhhh,tidak!!!

itu baru makan tengahari, bila tengok kadar kepekatan kuah tu, aku dah terpandang roti kat atas meja ni, kalolah dapat cecah ngan kuah ni sambil sip sip kopi memang heaven!

pastu mak up buat koci tuk sembang-sembang petang...hati aku rasa diwap-wap dengan air panas! Terasa mulut ni melekit-lekit makan kuih koci mak...huhu...ok, aku makan koko crunch je tengok panggung sabtu, tak adil!

dan kuih keria kesukaan bersama budak kecik kesukaan itu, hatiku melting~~~

Aku baru terfikir, perlukah aku cari keje kat melaka je duduk riang hati dengan mak? Payahla nak tukar angin, lagipun nak korek lubang keje kat Melaka memang berangan jela. Takpe, aku dah anta je tesis kat GSO, aku terus shoot balik cuti seminggu!

Comments

Popular Posts