5 hari


salam Jumaat yang barakah, sila ganti kata-kata carutan kepada zikir...hihi. Ingatan kepada diri sendiri sebenarnya. Nak-nak bila bawak kete pegi keje, laluan yang penuh dengan onak duri, kawasan cina tau-tau jela sesaknya bukan sebab kat tengah jalan, tapi kat tepi jalan parking kete suka hati anjing dia je! Eh, eh, jangan emosi sangat, baru je pesan suh zikir!!!! Allah, Allah, Allah~~~~

Lupakan sejenak salakan anjing dan buntut kereta cina, aku harus lebih ghairah menaip dan melupakan sejenak cerita Jin Toncit kat wayang tuh sebab lagi beberapa jam aku nak submit tesis dan terus pegi buat passport!!!hahaha, nak tunjukkan betapa harunya hidup bila belajar up sket... Feedback daripada Dr dah ok, tinggal repair sket-sket mana yang boleh kena tembak time viva nanti. 

Situasi kat rumah ok, cuma geram je tengok rumput dah mula hijau. Tak sempat nak pam racun sepancit dua, lagipun sekarang time hujan...takpe, bagi can kat pokok keladi kecik tu jumpa matahari dalam seminggu dua nih. lepas ni boleh racun dengan aman.... =)

Apa lagi nak bagitau kat korang? Hmmmm, bulan 3 pun dah sibuk nak run projek. Kalo ada rezeki dapat lulus senat, bulan 9 dah boleh continue study....Cepat sangat masa berlalu, sampai takdan nak kejar. Cuma boleh ingatkan dekat emak supaya jangan lupa doakan aku...dan seperti biasa, mak akan marah kat aku balik! Dushhhh!

Kepada abang-abang aku yang macho, adik aku yang asyik tanyakan Yes4G berbanding akaknya ini, ustaz nami yang tak abis-abis hias kelas, bila telefon cakap tengah sibuk gunting, tampal, warna. Itu jelah kejenye, lagi 2orang bodyguard mak kat umah tu, semaga korang suma sihat, tenang, jangan lupa solat, bayar zakat, jangan derhaka dan KAYA cepat. haha, oklah tu doa aku. tak salah mintak kaya.

Dan kepada diri aku, tahniah in advance! Cehhh...

Comments

Popular Posts