31 series


Kita mulakan pembuka bicara dengan nyanyian khas selamat hari lahir, dipersembahkan cikgu murni n the geng!


sedapkan suara guru besar tu...hehe

Selamat hari lahir kepada Along yang dah masuk 31 tahun, tua seploh tahun dari aku =p
semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, permudahkan urusan, sihat tubuh badan, dan dilindungi Allah. Its so emotional when i talked about this person, yah! Seorang yang sangat gentlemen dalam urusan keluarga, jarang nak dengar dia tengking, tinggikan suara kat adik-adiknya melainkan dia dah marah bebenor. Seorang yang sangat perahsia jugak, tak suka kongsi susah, sakit dengan orang lain, kecuali ngan mak. Tak pernah cakap 'tak' bila mintak tolong, sentiasa ada bersama-sama tak kira apa yang berlaku. Selalu nasihatkan kat kami walau apa pun yang berlaku, mak ayah jangan abaikan, jangan sisihkan adik beradik, kena sentiasa bersama. Dia role model kami adik beradik. Berjayanya aku hari ni pun atas pertolongan dia,tak termampu nak balas setiap kebaikan yang dia dah hulurkan. 
Along, sorry kalau selama ni banyak sangat nyusahkan, sorry kadang-kadang terlalai dalam tanggungjawab,terima kasih atas apa yang dah Along berikan. Terus bertahan untuk keluarga, tabah dalam setiap dugaan yang datang. TERIMA KASIH ALONG =)

adik beradik memang harta kasih sayang yang Allah berikan kepada siapa yang menghargainya.

sayang Along sangat-sangat >_<

Sekian, sudah penuh emosi dan tisu.


Comments

Popular Posts