hadiah

Even besday dah lama berlalu, tapi aku dah pesan kat kawan-kawan, hadiah besday untuk aku tak ada tarikh luput, anytime boleh bagi...hihi

Pergi jenjalan kat Perak aritu dapatlah hadiah, itu baru sampingan je! Perghh, demand! Dapat handbag, sweater, baju, hadiah utama kena tunggu sikitlah. Then, sampai sini ada lagi orang bagi hadiah sweater, warna hitam plus hooded! Memang sangat-sangat like! Masa besday aritu pun dah kena belanja nandos (thanks Chess), belanja Domino's pizza, Secret Recipe, Ani Sup Utara, (memang pokailah orang tu...), even takdelah meriah mana tapi still sambut dengan gembira.

Hadiah ni macam satu bonuslah bagi aku. Dulu-dulu, susah. Time besday nak mintak ayah belikan kek pun tau ayah tak mampu. Kalau ada duit pun mak buat sendiri kek. Tak pun mak masaklah special sikit dari selalunya. Bila dah besar ni, barulah boleh beli sendiri kek apa yang kita nak makan. Tapi sayang, aku tak suka kek...hehe

Time besday ni, bukan untuk kenangkan saat-saat kelahiran aku, tapi mengenangkan saat-saat mak susah payah nak meneran bagi keluarkan aku yang azab ni. Mak selalu cakap, banyak-banyak anak, yang paling susah dan seksa nak lahirkan adalah aku, sebab terlalu sweet!haha

-Terima kasih kepada semua yang mendoakan...=)

Comments

Popular Posts