darul syifa

Darul syifa bukan untuk ubati penyakit mistik saja, penyakit dalaman, hati, emosi, nurani semuanya boleh.
Diperkenal oleh Pia, digesanya aku suruh pergi check kat Darul Syifa kelmarin. "Eh, aku sihat jela, tak sakit.". Tapi, tetap didesaknya.
Sampai pusat rawatan tersebut di Bangi pukul 9 pagi. Tapi, orang dah beratur sampai nombor 50! Register dulu nama dan terus pergi sarapan. Pia cakap nak tau jodoh kita pun boleh...hihi. Aku takmo tanya banyak, nak tanya dia orang mana je kat ustaz tu, kehkehkeh!
Dah habis sarapan, tunggu punya tunggu adalah dekat 2 jam, akhirnya tiba jualah giliran aku. Nasib dapat ustazah, takdelah segan sangat.


 ramai orang, memang kena datang pagi-pagi lepas ni!

 Dah mengeluh kesah,ustazah tu relax je. Cuma dia cakap aku mungkin keracunan makanan. Jadi, dia nasihatkan janganlah sangat selalu makan luar, masak je kat rumah. Selepas tu dia suruh aku pergi bilik belakang untuk tepuk. Aku dah rasa lain macam je. Aku tanya ada apa-apa yang tak elok ke kat aku? Ustazah tu cuma suruh pergi belakang je, nanti tau sendirilah. Tepuk tu selalunya untuk orang yang kena santau je. Er, tak mungkin aku kena santau! Saya tak cantik mana pun!hahaha

Lepas dah bertepuk tampar kat belakang, sudah boleh pulang. Kalau dah kena tepuk  harus datang lagi rawatan supaya berkesan. Ya, penyakit itu urusan Allah, penawar juga atas urusanNya, kita ni kenalah redha dan cari jalan, berikhtiar. Lagipun, pusat rawatan Darul Syifa ini dinaungi oleh Ustaz Harun Din, pengamal perubatan pun terdiri daripada kalangan ustaz dan ustazah, ubat pun hanyalah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Takdelah nak pakai bomoh, pawang, pengeras, tangkal bagai. Bayaran pun tidak ditetapkan berapa, ikut keikhlasan kita.
Ustazah pesan, mana-mana penyakit pun kita kena dekatkan diri dengan Tuhan, banyakkan amal, sembahyang pada awal waktu dan mengaji sekerap mungkin. Jadi, takdelah bagi peluang kat setan-setan bertenggek kat atas kepala kita...wallahualam...

-Kena deal ngan Pia ni untuk second treatment (^_^)

Comments

Popular Posts