rezeki
Salam Jumaat, post yang suam-suam setelah lama bercuti.Sudah masuk bulan Rejab, mari topap amalan sunat dan langsaikan hutang yang ada dalam buku 555 Tuhan...
Awal bulan 5, masih tercari-cari kelangsungan hidup. Terkapai-kapai dalam mencari kata putus tentang hala tuju diri sendiri. Namun, saya masih percaya pada rezeki, Dia dah aturkan jalan hidup saya sangat cantik, sangat sempurna. Ke sana, ke sini hantar resume, hadiri temuduga bagai. Pengakhir bulan 5, alhamdulillah satu per satu tawaran yang diterima. Syukur, resume saya masih laku di pasaran....hehe
Sekarang, menjadi dilema yang mana satu harus dipilih. Kesemuanya sangat berbaloi, ada pro dan kontranya tapi harus pilih satu sahaja, yang dekat di hati. Arghh, buntu juga. Kena tunggu sehingga betul-betul penghujung bulan baru boleh menilai mana satu jalan yang lebih menguntungkan.
Saya pekerja yang setia, saya juga mahu jadi anak yang berguna, dan saya juga mahu mencuba dan berjaya dalam bidang saya sendiri. Moga Allah memberikan jawapan terhadap doa-doa saya.
-Berjaya saya hari ini bukan kerana usaha saja, tapi kerana doa emak saya yang tiada hijab antara dia dan Allah....=)
Comments
Lama dah hang tak kemaskini blog. Rindu rasanya.