carry me home tonight
fuhh, awat malas nau update blog pun aku tak tahu. sampaikan besday sendiri pun takde tulis pape. Kesian sangat....
Minggu-minggu besday ni banyak sangat konflik yang berlaku. Dan paling yang mendukacitakan kita adalah bila kita ada masalah dengan orang sekeliling. aku takde hal nak gadoh (err, aku sukakan kedamaian, no war please...) kalau mereka-mereka itu bukan orang kampung sini, bukan budak blok ni, bukan budak floor ni. Tapi sangat sedihlah kalau orang yang kita rapat boleh create rumors, dan berlagak macam takde pape yang berlaku. Pergghh, memang tak boleh blah tengok lagaknya. Pelakon harapan terbaik!
Aku dah tak kisah orang nak cakap apa, reka-reka cerita. Tapi kesian dekat budak-budak naif, yang baik. Mungkin budak-budak ni tak mampu nak hadap semua benda ni. Aku tak amik pusing sangat, sebagai yang tua, yang otai, yang berfikiran waras dan bencikan peperangan, aku diamkan jela.
No wonderlah kan, dia suka sangat amik tau pasal aku, sampaikan sape pakwe kawan aku pun dia nak amik tau jugak! Gila tahap admire beliau kat aku. Kang layan lebih cop lain, kang tak layan cop lain. Beruang kutub sungguh!
Erm, pembaca sekalian, maafkan saya agak emosi. Sebab itulah saya tak mahu post apa-apa time marah. Takut lagi bala. huhu Ini pun kang kalau ada yang tak suka saya dan terbaca blog saya lagilah bala jadinya. Tapi, kalau dia tak suka saya, kenapa bukak blog saya? Hemm, nampak sangat admirenya itu...haha
Saya mahu balik hari ni, ada kawin-kawin kat kampung, saya jadi pengapit. Then, hari Ahad mahu anta Nazirah anak Leng daftar pengajian kat UiTM Perak. Amik kos fesyen lagi, mampu? haha Lepas dah anta Nazirah mahu pergi kenduri kawin abang Ida pulak kat Bagan Serai.
Ok kawan-kawan. selamat menjalani hidup ni dengan biasa-biasa saja. Harap sangat takdelah lagi saya jumpa beruang kutub bermuka tenuk! Kalau nak tahu sangat pasal saya, mari duduk semeja. Tapi takut anda jatuh cinta pulak nanti...hihi
-Kalau kita nak jumpa orang seperti yang kita inginkan, kita kenalah jadi seperti orang yang diingini itu. Tentu berebut orang nak kawan.... =)
Comments