Al Mulk

Malam ini adalah giliran bilik saya buat bacaan al-mulk, or sebenarnya dah delay 3 malam,haha!!! Kompom kena kejar ngan Odah bayar denda. Bukan saja-saja delay, ari Selasa cuti hari Pekerja, aku (terus tidak sopan!) bajet bebudak ni pun sambut. then hari Rabu sudah tido awal, hari Khamis aku balik lewat, jadi mana tak delay.
Jadi, untuk mengurangkan rasa serba salah yang tidak tertanggung ni tipu je, aku pun buatlah sikit bubur pulut hitam, jadi lepas dah abis baca al-mulk, mulut dia orang tak sempatlah nak tazkirah aku sebab dah penuh ngan bubur, bijak, bijak....hahaha
Takdelah, memang niat nak buat pun, boleh borak lama-lama, floormates aku ni semua sibuk dengan hal dunia, payah sangat nak berkumpul. Nak kena rancang aktiviti tuk budak-budak ni, semangat floor semua dah ke laut!!!
Ok, selamat berhujung minggu kalian semua....(^______^)

*** RINDU***

Comments

Popular Posts