balik

Memang ada gerak hati nak balik tapi terpaksa tahankan dulu kerana urusan hati di kolej sangat-sangat kuat.
Selepas sarapan, mak telefon. Tanya tak balik ke? Mak dah sembelih ayam 3 ekor. Emm, aku masih cool lagi, mak sedang memancing selera nampak!

 cubaan mak memancing aku..hihi

Kemudian, ada call lagi dari rumah. Dan kali ni mak telah menggunakan Qaseh untuk memancing Cik Nad! Argghhh, tidak betah di situ, sudah kalah mendengar suara manja si Qaseh itu!

 yeah, kena sudah!

Tulis note sehelai dua, tinggalkan pesan, tinggalkan hati tak menoleh ke belakang terus balik. Kalau toleh takut tak jadi balik je...huhu
Sampai rumah mak tegur, "Asal dah kurus, macam hantu berjalan!"
Malam dak long pulak tegur, "Eh, asal kau kurus sangat kak? Dah macam jerangkung."(spesis hantu jugak!). Cubalah mereka ni bagi perumpamaan kurus macam Lisa Surihani ke, kurus macam Heidi Klum ke, sedap sket!
Aku kurus bukan sebab sakit, aku kurus bukan sebab makan hati, sekarang hati tengah bunga-bunga riang je, kalau ada orang kalau ada orang komotkan tudung pun aku tak kisah...haha...Dan aku pun bukan kurus sebab manusia....Cuma mungkin makan tak teratur je kot...
Ok, mau on YM, jom chat!!!

Comments

Popular Posts