mau sihat ke idok?

Kalau dah sakit tentunya kena makan ubat. Takde hal pun nak telan ubat yang doktor perubatan bertauliah yang bagi, sebab semua dalam bentuk kapsul, tiada bau, tiada ragu!
Tapi, jika ubat itu adalah daripada doktor yang tidak bertauliah dan berdasarkan pengalaman semata-mata, adalah sangat sukar untuk ditelan, sebab semuanya dalam bentuk cecair, ada bau dan sangat meragukan!
Tak makan? Nayalah jawabnya. 

tengok kotak je dah boleh terbayangkan baunya~~

bila bukak kotak, perrgghh,BAU!

Aku fikir untuk 3 hari yang lepas, ini adalah botol terakhir yang akanku teguk an kami tidak akan bertemu lagi. Tapi, dak Along dah tepon tanya aku dah habiskan ke belum. Dengan yakin aku cakap sudahlah semah.
 "Ok, nanti Along belikan lagi sekotak." 
Haha,mau pitam bila fikirkan aku perlu mengharungi 6 botol lagi! 


Yang ini memang tak boleh tinggal lagi, sebab nurse Ida aka nenek bidan akan tanya dah makan ke idok setiap hari. Tipu? kompom dia akan hantar lagi 2 botol!

Tengok kotak pun dah terbayang aku versi Latifah Omar,haha... Ini mestilah nurse Rokiah yang suruh makan, katanya untuk kekuatan dalaman, supaya luka-luka cepat sembuh. Mak aku amat mementingkan kekuatan dalaman, mesti tip top A+! Sebab tu even Cik Kiah dah masuk 50an, setakat nak alihkan batu 30-40kg takde hal. Aku nak pukul nyamuk sekarang pun kena fikir dua tiga kali!

Jadi, itulah barisan ubat yang perlu dihadap setiap hari. Takpelah, nak baik kenalah tahan sikit...Apa benda yang aku nak sangat makan sekarang? Telur goreng mata kerbau, arggghhh!!!!

Comments

kalam_pujangga said…
aku cuba bayangkan jugak bau pati ikan haruan tu..muahahhaa...mesti..erkkkk...gamak yea nk telan..tp xpe..tok kesihatan..nnt aku nk try la jugak..muahahahha..get well soon nad..aku belanja ayam pecal yea kalu ang dh sembuh :)
naduta said…
hehe,aku tgh charge bateri nih tuk buat home run bila dah naik keje!

Popular Posts