done!

Akhirnya, aku telah berjaya juga mengumpul data! Fuhh, sangat lega bila melihat deretan nama-nama responden. Sangat susah collect data pakai sistem yang mengong ni, memang boleh down, sampai mahu berhenti di sini saja. Tapi, bila dah bungkus kain baju, nak pegi mana? Nak balik kampung kompom kena parang ngan cik Kiah, jadi nak tak nak kena jugaklah tekad siapkan!

 

Contoh data yang menggunakan si senget netto sebagai responden. Nampak simple je tapi percayalah, aku pun dah hilang sabar dengan karenah teknikal sistem yang tak menentu hangin pasangnya itu! Ok, data dah ada, sekarang ni tinggal macam mana nak translatekan data aku ni. 
Semalam member tepon tanya progress tesis aku. Masing-masing ada masalah tersendiri. Dia tabahkan aku, aku tenangkan dia, sama-sama rasa perit mengadap tesis ni. Aku mau positif saja, noktah.

-Terima kasih kepada floormates yang banyak membantu dalam proses pengumpulan data aku...kredit to Nazirah jugak=)

Comments

orked_dja said…
hehehe popular nye netto di blog kak nad kikikikiki. balasla ye.! *teeeet
orked_dja said…
haha nmpk sgt beto model yg berjya hehe :D

Popular Posts