adventure is out there!!!

Akhirnya, impian untuk memiliki barang-barang yang diidamkan tercapai dengan hanya berbekalkan baucer buku 1 Malaysia, Thanks bro Najib! Yang penting tak sampai seratus, memang berbaloi-baloi daripada beli benda yang merepek!

kecik je kan..janji ade rupa globe. Kalau bawak pegi sekolah ni memang aku yang paling bergaya!

tapi, jangan gelak sinis dulu kat aku,
kasi tengok globe versi atas kertas skeettt...
.
..
...

perghh,memang menangislah! Peta jadi wallpaper bilik!
memang rasa sangat puas, macam gugurl dapat set patung barbie or boboy yang baru dapat PSP!

dan bahan bacaan terbaru sebelum tidur

menggantikan

ntah berapa puluh kali aku dah baca volume yang sama...

Aku memang minat sejarah, geografi dari dulu. Masa nak masuk u pun aku pilih guru sejarah kot untuk pilihan pertama! Tapi, nak buat macam mana, bidang bahasa lebih memerlukan khidmat aku, cit! Aku rasa satu pilihan yang berbaloi, hari-hari akanku TERtengok peta tu. =)

-Cuba korang teka berapa negara yang ada berdaftar kat dunia nih? Itu pun tak tau??(berlagak gilos!) Berani membuat tekaan silalah meninggalkan jawapan anda di ruang komentar...hihi

Comments

haha. akhirnya...dapat jugak beli glob.. cute gilewwwwww~~
peta kat sbelah katil tu mmg tak bleh tahan.... sinchan lagi.. adoyaiiii cik nad ni.........
Tetamu Istimewa said…
Memang orang tak pernah buat. Lekat wallpaper peta di dinding bilik.

Berapa weh bilangan negara dalam dunia ni?
naduta said…
helmi: kasi teka dulu,mana aci nak jwpn senang!hihi
chess: walaupun glob sebesar kurma je, jadilah...cepat balik,blh bukak kelas trivia pasal dunia..=)
Nurul Marikan said…
hahahha ye la tu akak.. :)
Anonymous said…
aiseh bhai...hahahahaaa..ternyata..ang mmg memiliki nilai prasejarah yg tinggi V_V -PIA-
bukak kelas trivia,,pastu kite travel terus ahh.. huhuuu
naduta said…
hehe,daripada komen-komen di atas, takde sorang pun brani memberikan jawapan.
Oklah, setakat tahun 2011, jumlah negara berdaftar, iaitu mempunyai bendera sendiri adalah sebanyak 196 buah negara...=)
Citra Zura said…
komen dh banyak.. aku diam je la.. wlpn sbnrnya aku nk komen pasal shin chan!! argh.. aku x minat sejarah.. tdo!
naduta said…
ceh,ko mmg tido je! add math pun ko bantai tido jugak!hehe

Popular Posts