ombak rindu

Filem yang diadaptasi daripada novel cinta hasil nukilan Fauziah Ashari memang meletop! Novel ni kalau tak silap aku dah baca masa Form 3 atau Form 4 dulu-dulu, memang evergreen abis! 


Mula-mula masuk wayang aku dah set tak letak harapan yang tinggi sangat sebab memang payah nak puaskan hati bila kita dah baca novel pastu tengok cerita dia pulak, memang banyak yang akan lari. Tapi, disebabkan dah lama baca dan hampir tak ingat pun jalan cerita, aku rasa cerita ni berjaya. Tak payah tengok banyak, tengok poster jela sape pelakon dia, semua kategori kelas A punya!


Apa yang menariknya, aku suka sangat lokasi-lokasi yang dia orang shoot, memang cantik abis! Rumah villa Ombak memang sangat cantik dan view yang mengadap laut, ada buaian, perghh, rasa nak gigit je kayu jati rumah tu!
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Parale memang terbaik. Paling berkesan kompomlah LS, first time kot tengok LS terjerit-jerit, bawak watak yang lain daripada selalunya. Maya Karin? Cun giler! Aaron jangan cakaplah, bila air mata macho Aaron meleleh keluar, aku rasa part tulah yang paling sedih!huhuhu
Dengar cerita dah kaut 4juta bai dalam masa 4 hari. Boleh kasi pecah rekod KL Gangster 11juta. Kalau cerita ni didramakan pun lagi bagus, dan mesti pelakon yang sama jugak, tak kira!

Comments

Popular Posts