kawin-kawin

Bulan 12 adalah bulan makan free, ramai sungguh yang kawin bulan ni. Cuti sekolahlah katakan, senang nak suruh anak buah jaga meja.
Mula-mula pegi kenduri kawin kakak angkat aku, zaman muda dulu-dulu memang rutin mengambil dan mengangkat orang,haha! Kak Ami dah pun selamat kawin dengan pakwe dia dari form 6 dulu kot,lama gile! Dan inilah sekian kalinya selepas aku tak berjumpa dia bila masing-masing buat hal sendiri, 4 tahun bai lost contact! Bukan saja-saja lost maybe kita orang dah tak mahu contact each other kot,hehehe. Akhirnya, kenduri kawin aku pergi jugak, yela benda yang lepas tak payah nak tacing-tacing sangat. Tacing pun kawin jugak!

cik nad, kak amie dan echa

Gambar tak banyak sebab bateri kong,tak perasan pulak takde bateri. Borak-borak, makan-makan, usha-usha, kami pun balik. 
Kepada Kak Amie yang kepala dia masuk air ni, Selamat menjadi puan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

Comments

Popular Posts