hilang

Pendekkan cerita, enset aku hilang time mandi-manda ngan floormate kat Sg.Gabai hari tu. Aku pun tak pasti sama ada kena rembat ngan kera or tercicir. Enset ilang, masih boleh selamba tido dulu, nak pikir kat mana aku letak ni, dah call bagai masuk peti suara, aku dengan pasrah rasa ada orang dah amiklah...
Takdelah menangis bagai, cuma nombor,gambar dan message yang dari 2007 dulu aku masih simpan!Mana taknye, aku pakai nombor tu dari form 6 dan tak pernah tukar. Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki kita, pasrah atau tak kena jugak redha...
Kepada kawan-kawan yang ada nombor aku, sila-silalah message dan bagitau nama korang. Aku masih lagi pakai nombor lama, nombor cari makan katanya...hehe

 berangan nak  pakai samsung galaxy s II

dengan sumber kewangan yang terhad, dapat jugak beli samsung 

samsung champ jela yang mampu. Gila ko tengah bulan beli enset!

Jadi, pengajaran kehidupan yang pertama terbukti benar, iaitu Tuhan ambil sesuatu untuk gantikan sesuatu yang lebih baik (^_^)

Walaupun bukanlah reti sangat nak tacing-tacing ni, tapi kena jugaklah belajar sebab aku dapat rasakan ada orang sedang bekerja keras tuk menghadiahkan sesuatu gadget tuk aku...hihihi..Sila berusaha lebihlah ye orang itu!

Comments

Nurul Marikan said…
ehem..ehem.. sapekah org itu? :P hahahaha fuyoh.. akak.. dah tacing2..
Tetamu Istimewa said…
La kesiannya dekat hang. Nanti aku mesej hang bagitau nombor aku.
naduta said…
nnt ang mesej kt inbox fb aku ok =)
tempat keje dah dekat,bolehlah nanti kita jumpa..

Popular Posts