semalam
Banyak sangat urusan semalam
Alhamdulillah keje-keje hakiki di opis dah settle, tinggal part Dr je. Masalah Baby pun dah settle, ulang-alik ngan Nami semalam ke Shah Alam settlekan dengan abang Amri. Dak Long roger dari Melaka je apa yang patut dibuat. Then pergi maktab dak Nami untuk kali terakhir, dah habis rupanya dak Nami, tinggallah akaknya seorang diri di bumi Serdang ni.
Dulu, kami sama-sama masuk daftar pengajian, selang seminggu je. Minggu ni mak ayah anta aku masuk UPM, Nami pun ikut sekali anta. Minggu berikutnya, mak ayah anta dia pulak masuk maktab. Jarak antar kami hanya dipisahkan oleh Putrajaya je, naik motor 10 minit dah sampai. Dulu, motor ada sebijik je, si Ensem tulah kami gilir-gilir pakai. Ada satu hari tu, tengah sibuk-sibuk handle minggu bepesaka, Nami message cakap dia dah satu hari tak makan, takde motor. Sebagai akak, tentulah hatiku ini 'sodeh!', terus je tapau makan pegi anta. Banyaklah kenangan dengan dak Nami kat sini, setakat deal nak tengok wayang takde hal pun ustaz tu. Masak-masak pastu ajak dia datang Putrajaya makan sama-sama. Sekarang, Ida dah takde, Nami pun dah takde, masak-masak pun dah takde feel....
Nami dah macam adik perempuan jugak, takde rahsia antara kami. dia boleh tau kakak dia sedih ke, stress ke, happy ke. Pagi-pagi dia akan selalu hantar message motivasi supaya aku jangan rasa aku keseorangan.
Sekarang, mungkin bukan masa untuk meratapi keberadaan itu. Sekarang mungkin masa yang sangat ideal untuk teruskan usaha. Jangan biarkan Nami lama sangat duduk kat umah sorang-sorang,jeles!!!!
Kepada Nami, tahniah dah abis blajo!!!Apa lagi, sambunglah!!!hahaha
Comments