sakit pinggang


Sakit pinggang dahulunya sangat sinonim dengan aku, iaitu selepas operated apendix masa form 4 dan dua minggu after operated, terus masuk asrama kat Sek. Teknik Port Dickson. Sakit terjadi akibat daripada ketidakpantangan dan ketidaksopanan dalam menjalani kehidupan sebagai orang sakit. Aku tak bagitau pun kengkawan yang aku baru je operate dan mereka melanyak aku seperti orang sihat. 
Operate appendix sebenarnya sangat sakit, sebab masa tu masih lagi pakai pisau, tak pakai laser macam sekarang. dan ye, memang ada parut pun dan tak bolehlah berbikini bagai seperti JLo! Bayangkan nak cakap pun perlahan-perlahan sebab terasa sakit sampai ke perut, apatah lagi gelak terbarai!!! Dan, akhirnya, aku terpaksa bagitau member-member dorm sebab luka jahitan tu dah berdarah akibat budak-budak ni bergurau ala-ala main rugby! Korang tau apa action budak-budak dorm aku? Terus sangat take care, aku tak boleh makan pedas, aku tak boleh minum air coke lagi, aku tak boleh macam-macam! Masa tu memang macam princess abislah, siap warning kat makcik dewan makan jangan bagi lauk yang pedas-pedas kat aku, tacing siuttt!!!
Dan Siah, terus diiktiraf segabai nurse, bersihkan luka jahitan tu setiap kali aku mandi, sweet sangat kan...hehe Warden pun take care kat aku sampaikan suruh aku tukar dorm kat tingkat bawah, tapi time tu semangat dorm sangat kuat, assobiyah habis,jadi aku tolak tawaran itu mentah-mentah,hahaha!!!
Ok, aku nak cerita pasal sakit pinggang tapi dah melalut. Itulah sejarah sakit pinggang aku. Mesti ada koyok dan koyok itu jugaklah yang menjadi bahan kepada diriku yang sweet ni. Selalu pompuan kawan tegur tudung senget ke apa, tapi part aku, kawan aku selalu tegur, "Nad, koyok nampak!" Korang rasa macam haram je kan...
Disebabkan aku tak pantang betul-betul, baru sebulan operated dah main bola jaring, kawad kaki kadet polis, terus effect kat bahagian pinggang aku. Agak lama jugaklah aku mengidap sakit pinggang sampaikan tak boleh duduk lama, tido sakit, macam-macamlah. Sampai kena amik injectionlah nak bagi ilangkan sakit. 
Dan sekarang, sakit itu kembali menyerang dan aku cuma boleh berharap aku mampu bertahan....

-argghh, tak sukalah kenang kawan-kawan yang memberi kesan dalam hati!!!!

Comments

Anonymous said…
nad..ang ok x ni?? jum esok g hospital check k -pia-
naduta said…
hehe,pg check pun doctor suh selak kain bagi inject je..aku perlukan stok koyok 3 kotak,blh taja x?hehe
Anonymous said…
hehehee..gaji nnt aku belikan..ang nk koyok cap ape? ;p

Popular Posts